Buletin

TESLA MASUK PASARAN INDIA TAHUN 2021. JUAL MODEL 3 DAHULU, CKD BERGANTUNG KEPADA RESPONS

Tesla dijangka memasuki pasaran India pada tahun 2021, bermula dengan jualan dan mungkin menimbang untuk pemasangan tempatan, bergantung kepada maklum balas daripada pengguna di sana. 

India sememangnya bersungguh untuk mengurangkan kebergantungan terhadap bahan bakar fosil dan pencemaran. 

Namun, usaha untuk mempromosikan kenderaan elektrik nampaknya tidak banyak berubah berikutan kurangnya pelaburan dari segi pengilangan dan infrastuktur seperti stesen pengecasan. 

Model pertama yang akan dilancarkan ialah Model 3, varian paling murah Tesla yang ditawarkan pada harga bermula 5.5 juta rupee (RM300,000). 

Oktober lalu, kerajaan negeri Maharashtra telah menjemput Tesla ke negeri itu, beberapa minggu selepas Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk bercadang mahu memasuki pasaran India. India merupakan pasaran automotif kelima terbesar di dunia. 

Terdahulu, kerajaan India menyatakan mereka merancang untuk menawarkan insentif sebanyak AS$4.6 bilion (RM18.5 bilion) menjelang tahun 2020 kepada syarikat-syarikat dalam usaha membangunkan kemudahan pengilangan bateri EV.

Sepanjang tahun 2019, hanya 3,400 EV terjual, berbanding 1.7 unit kenderaan penumpang yang dikuasakan oleh enjin pembakaran dalaman (ICE) di India.  

Google ads
Back to top button