Buletin

HENNESSEY MAMMOTH 6X6 PIKAP TRAK PALING POWER. 1200 HP, 3 UNIT SAHAJA

Pada bulan lalu, Ram memperkenalkan pikap trak 1500 TRX dan penala terkemuka, Hennessey bercadang meleraikan enjin  6.2 liter V8 yang menjana kuasa 702 hp sekali gus menggantikan dengan enjin Hellephant.

Enjin 7.0 liter Hellephant itu mampu menghasilkan kuasa mencecah 1,000 hp. Bagaimanapun, dalam projek terbaharu membikin 1500 TRX ini, enjin berkenaan dikatakan dapat menjana kuasa mencecah 1,200 hp!!!

Bukan sahaja pada bahagian enjin, tetapi jentera baharu ini bakal berubah wajah memperoleh pacuan 6×6 sama seperti model VelociRaptor 6×6.

Selain sistem pacuan 6×6 dan penukaran bed trak yang lebih panjang, Mammoth 6×6 bakal dinaiktaraf menggunakan sistem suspensi off-road.

Hennessey juga bakal melakukan rombakan kemasan ruang kabin, bampar hadapan dan belakang serba baharu, sistem lampu LED dan pelbagai lagi.

Mammoth 6×6 ini akan dihasilkan sebanyak tiga unit sahaja, menjadikannya trak pikap 6×6 paling berkuasa dan paling eksklusif pernah dihasilkan oleh Hennessey. Ia akan dijual bermula pada harga AS$500,000 (RM207 juta).

“Motor Hellephant merupakan idea merepek, sebab itu kami akan membangunkan jentera ini.

“Kami hanya akan membikin tiga unit sahaja dan kemungkinan besar ia merupakan pikap trak paling mahal dan eksklusif pernah kami hasilkan,” akui John Hennessey. – carscoops.

Google ads
Back to top button