
RASMI: MFORCE LANCAR MORBIDELLI T502X UNTUK PASARAN MALAYSIA – RM28,888
Pasaran motosikal adventure 500cc bakal dimeriahkan dengan tawaran terbaru dari MForce Bike Holdings menerusi Morbidelli T502X.
Segmen yang satu ketika popular dengan Benelli TRK502X dan Honda CB500X akan kembali meriah dengan T502X yang hadir dengan harga jualan RM28,888.

Atas kertas, T502X ini dipacu enjin parallel-twin (dua silinder) 486cc 8V DOHC yang berupaya menjana 47hp pada 8,500rpm dan 45Nm pada 6,750rpm. Kuasa disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi manual 6-kelajuan dengan bantuan klac slipper.

Mengguna pakai casis jenis diamond frame, T502X ini menawarkan ketinggian tempat duduk setinggi 840mm dengan jarak antara tayar 1,465mm dan berat 210kg. Tangki bahan api 18L pula menjaminkan kekerapan isi minyak yang rendah.

Pakej suspensi terdiri dari fork USD 43mm dengan jarak gerak 180mm di depan dan penyerap hentak jenis Pro-Link di belakang dengan jarak gerak 69mm.
Sistem brek pula merangkumi brek dua piston depan dan 1-piston belakang, masing-masing dibekalkan J.Juan. ABS dwi-saluran didatangkan secara standard dengan cakera brek 300mm depan dan 240mm belakang.

Namun begitu, pakej mengejutkan adalah tayar yang dilengkapi dengan Pirelli Scorpion Rally STR berukuran 19-inci depan dan 17-inci belakang secara standard.
Antara perincian lain ditawarkan termasuk:
- skrin TFT berwarna 7”
- traction control
- TPMS
- dua mod menunggang
- applikasi T-BOX dan fungsi SOS
- sistem navigasi terbina
- USB Type-A dan Type-C
Menurut MForce, Morbidelli T502X ini akan mula memasuki pasaran tempatan bermula Januari 2026.
GALERI: MORBIDELLI T502X






















