Motosikal

PEMILIK SYM VFE 185I DI GREECE PUJI CIRI METER DIGITAL DI MALAYSIA

Baru-baru MForce Bike Holdings selaku pengedar rasmi jenama motosikal SYM di Malaysia telah pun melancarkan SYM VFE 185i. 

Sebelum ini, MForce telah tangguh sementara pelancarn VFE 185iekoran mahu pihak SYM melakukan beberapa penambahbaikan terlebih dahulu terutamanya melibatkan bahagian panel meter. 

Ini kerana panel meter asal menempatkan tiga bahagian berbeza dan menggabungkan meter analog dan digital sebelum ditukar kepada meter digital sepenuhnya. 

Menariknya, seorang pengguna VFE 185i di Greece menerusi akaun Facebook SYM Super Moped VF3 VFE 185 Malaysia mengakui meter analog yang ditawarkan di negara itu kelihatan hodoh dan lebih menggemari meter digital penuh yang ditawarkan di Malaysia. Selain itu fender depan juga lebih besar berbanding yang dijual di Malaysia. 

Screenshot

Ini bermakna tindakan pihak MForce untuk menukar kepada meter digital penuh adalah satu tindakan wajar dan memenuhi permintaan pengguna motosikal di Malaysia. 

Atas kertas, VFE 185i ini kekal digerakkan enjin satu silinder 183cc dengan suntikan bahan api yang berupaya menjana 19.7hp pada 9,000rpm dan 17.4Nm pada 7,500rpm. Kuasa pula disalurkan menerusi transmisi manual 6-kelajuan.

Google ads
Back to top button