Motosikal

SKUTER 180CC DARI WMOTO LANCAR 19 OKTOBER INI – 18.2HP, 17.2NM

MForce Bike Holdings bakal perkembang tawaran skuter di Malaysia kali ini menerusi Taige Nexy 180i yang akan dijenamakan semula sebagai WMOTO. 

Pelancaran skuter berkenaan akan berlangsung pada 19 Oktober ini dengan beberapa pengedar telah pun mula menerima tempahan. 

Atas kertas, Nexy 180i ini dikuasakan enjin satu silinder SOHC yang berupaya menjana 18.2hp pada 8,500rpm dan 17.2Nm pada 6,500rpm. 

Antara perincian lain ditawarkan termasuk cakera brek depan dan belakang berukuran 230mm dan 220mm, fork teleskopik depan dengan penyerap hentak berkembar di belakang, tangki bahan api berkapasiti 8L, skrin TFT berwarna, sistem keyless dan ABS. 

Perincian penuh skuter serba baharu untuk pasaran Malaysia ini akan didedahkan pada hari pelancaran nanti. 

Google ads
Back to top button