Motosikal

RASMI: SYM VFE 185I TIBA DI MALAYSIA – RM9,988

MForce Bike Holdings selaku pengedar rasmi jenama SYM di Malaysia melancarkan SYM VFE 185i dengan harga jualan RM9,988.

Sebelum ini, kami difahamkan bahawa MForce menangguhkan sementara kemasukan VF 185 ekoran mahu pihak SYM melakukan beberapa naik taraf terlebih dahulu pada model berkenaan.

Antara naik taraf dilakukan adalah menukar paparan meter kepada skrin digital LCD agar tampil lebih moden dan mengikut citarasa pengguna di Malaysia.

Selain itu, rupa bentuk keseluruhan VF 185 ini juga berbeza dengan VF3i terutamanya melibatkan panel lampu hadapan dan panel badan.

Antara naik taraf dilaksanakan pada VF 185 ini termasuk penggunaan sistem keyless. Selain itu, VF 185 ini juga dinaik taraf dengan ABS dwi-saluran berbanding satu saluran sebelum ini.

Sementara itu, VF 185 ini kekal digerakkan enjin satu silinder 183cc dengan suntikan bahan api yang berupaya menjana 19.7hp pada 9,000rpm dan 17.4Nm pada 7,500rpm. Kuasa pula disalurkan menerusi transmisi manual 6-kelajuan.

Pakej suspeni terdiri dari fork teleskopik depan dan monoshock di belakang, masing-masing dipadankan bersama cakera brek tunggal 205mm depan dan 200mm belakang.

Antara perincian lain ditawarkan termasuk:

  • tangki bahan api 7L
  • tayar 90/80-17 depan
  • tayar 120/70-17 belakang
  • berat 135kg
  • lampu LED penuh
  • USB dengan fungsi quick charge 3.0
Google ads
Back to top button