Buletin

REMAJA DITAHAN KERANA PECAHKAN CERMIN, PANCITKAN TAYAR KERETA MAK

Seorang remaja perempuan ditahan polis kerana didakwa melakukan khianat ke atas kereta milik ibunya sendiri. 

Suspek dikehendaki untuk membantu siasatan kes memecahkan cermin dan memancitkan tayar ibunya pada 25 Februari lalu.  

Berumur 19 tahun, remaja itu ditahan sewaktu Rondaan Cegah Kemalangan sempena Op Selamat 15/2019 di Jalan Perik, Kuala Nerang, Kedah. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Kontinjen (JSPT) (IPK) Kedah Superintendan Chuah Seong Lim memberitahu remaja yang bekerja sebagai pelayan pusat hiburan di Alor Setar ditahan kerana didapati memandu sebuah Perodua Kancil dalam keadaan mencurigakan. 

Polis pada awalnya mengeluarkan saman kerana tiada lesen memandu. Tetapi, selepas semakan melalui aplikasi MCops dibuat, dia didapati mempunyai rekod orang dikehendaki mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat. 

Suspek kemdian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap untuk tindakan lanjut. 

sumber: Berita Harian

Google ads
Back to top button