,
Buletin

GUNA SIREN POLIS UNTUK ELAK KESESAKAN, LELAKI DITAHAN POLIS

Seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan polis kerana didakwa menggunakan siren polis di Parit Raja, dekat Batu Pahat Johor kelmarin.

Dia berbuat demikian kerana mahu mengelakkan kesesakan jalan raya sempena musim cuti dan Hari Raya Aidilfitri.

Polis menahannya selepas membuat risikan berikutan satu klip video sebuah Proton Gen2 dipandu bersama siren polis tular di laman sosial.

“Rakaman video menunjukkan sebuah kenderaan awam menggunakan siren bagi memudahkan perjalanan. Ada kenderaan lain yang memberi laluan kerana menyangka itu ialah kereta peronda polis.

“Setelah melakukan siasatan lapan jam kemudian, polis berjaya menahan lelaki terbabit dan merampas Proton Gen2 itu,” kata Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim.

Pemeriksaan polis mendapatu satu set siren ada di dalam kereta. Kes disiasat di bawah kesalahan menghalang lalu lintas serta menyamar sebagai penjawat awam di bawah seksyen 21 Akta Polis 1967 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan menghalang lalu lintas, suspek boleh didenda RM200 atau dikenakan penjara maksimum selama tiga bulan atau kedua-duanya sekali.  

Kesalahan menyamar sebagai penjawat awam pula membawa hukuman penjara maksimum selama dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

sumber: Harian Metro

Tags
Google ads
Back to top button