,
Buletin

ANGGOTA POLIS MAUT DIREMPUH MOTOSIKAL SEMASA BERTUGAS DI JOHOR BAHRU

Seorang anggota polis dilaporkan terbunuh kerana dirempuh oleh motosikal ketika sedang memeriksa sebuah van di Jalan Persisiran Perling (arah Iskandar Puteri), Johor Bahru pagi tadi. 

Lans Koperal Mohd Ishraf Ismail, 27, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

Dalam insiden yang berlaku pada jam 6.40 lagi itu turut menyebabkan rakan sekerja mangsa, Lans Koperal Muhammad Syakir Safwan Khairudin, 29, dan penunggang motosikal terbabit cedera parah.  

Semua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan. Manakala mayat Mohd Ishraf dihantar ke hospital sama bagi tujuan bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad memberitahu siasatan awal pihaknya mendapati kedua-dua anggota polis itu sedang melakukan pemeriksaan ke atas sebuah van di tepi jalan sebelah kiri sebelum dirempuh oleh motosikal jenis Yamaha 135LC.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

kredit foto: FB Polis Johor

Tags
Google ads
Back to top button