,
Buletin

GENGSTER HONDA CIVIC FD DIBERKAS POLIS HARI INI

Seperti yang kami jangkakan semalam terhadap kes guna pedang mengugut di jalanraya semalam, hari ini, suspek telah berjaya diberkas pihak polis.

Menurut laporan akhar tempatan Berita Harian, pasukan Polis Johor berjaya menahan suspek utama kejadian berkenaan bersama tiga orang lagi.

Kejadian yang berlaku di Lebuhraya Pasir Gudang, kelmarin melibatkan ketidakpuasan hati suspek yang tidak diberikan laluan oleh kereta di belakangnya.

Mangsa yang diacu dengan parang kemudiannya membuat laporan polis.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, suspek utama berusia 31 tahun itu diberkas di kawasan sekitar Simpang Renggam pada jam 5.30 petang semalam.

Bukan itu sahaja, tiga lagi lelaki turut ditahan untuk siasatan kerana disyaki terbabit dalam jenayah jenayah samun.

“Seorang lagi suspek yang masih bebas masih lagi diburu pihak polis dan dengan tertangkapnya semua suspek, Polis Johor berjaya menyelesaikan 11 kes jenayah samun sekitar bandar raya ini,” katanya.

Siasatan akan dilakukan dibawah Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan ugutan jenayah yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi kes samun pula, siasatan dibuat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

KREDIT: BERITA HARIAN

Tags
Google ads
Back to top button