BOSCH Mrec – Desktop
Buletin

POLIS UTARA AUSTRALIA PILIH KIA STINGER SEBAGAI KERETA PERONDA

SHARE

Sebagai contoh, polis Australia sebelum ini menggunakan kereta Holden Commodore dan Ford Falcon yang dibina khas untuk mereka.

Namun, memandangkan produksi tempatan kedua-dua model itu telah dihentikan, pihak berkuasa Australia perlu mencari pengganti yang sesuai. 

Akhirnya, pasukan polis utara Australia memilih Kia Stinger untuk dijadikan jentera kegunaan mereka. Mereka menyertai pasukan polis negeri Queensland dan Australia Barat yang mengambil Kia Stinger sebagai kereta peronda. 

Toyo Tyre R2 – LD – Desktop

Komander Polis Wilayah Utara Australia, Matt Hollamby memberitahu Kia Stinger telah melepasi ujian di kawasan pedalaman dan mampu memecut pada kelajuan sewajarnya dalam suhu 45 darjah tanpa sebarang masalah. 

Kia Stinger dikuasakan oleh enjin V6 bersesaran 3.3 liter yang mampu menjana 365hp dan tork 510Nm.

Ia hadir dengan kotak gear automatik lapan kelajuan dan boleh memecut dari 0-100km/j dalam maca 5.1 saat. Pecutan maksimum pula ialah 269km/j. 

Biarpun begitu, bukan semua negeri di Australia menukar kereta peronda mereka dengan Stinger.

Negeri Victoria misalnya memilik BMW 530d yang berharga dua kali ganda berbanding Stinger. Manakala di negeri New Siuth Wales pula, pasukan polisnya menggunakan BMW 530d dan Chrysler 300 SRT.   

Di Australia, Kia Stinger ditawarkan pada harga bermula AUDS$49,990 (RM147,530) seunit. 

Tags
Google ads
Back to top button