Buletin

RENAULT SUBSCRIPTION – PANDU CAPTUR DENGAN BAYARAN SERENDAH RM1,299 SEBULAN

Untuk pertama kalinya di Malaysia, pengguna boleh menikmati cara baru mobiliti menerusi pengenalan program Renault Subscription.

Menawarkan kebebasan dan fleksibiliti, Renault Subscription membolehkan pelanggan untuk bebas daripada tempoh pinjaman yang panjang, diikat oleh institusi kewangan dan kebimbangan terhadap penyusutan nilai kenderaan dengan bayaran serendah RM43 sehari.

Dua model utama Renault ditawarkan – crossover gaya hidup yang versatil Renault Captur dan SUV segmen D premium, Renault Koleos.

Renault Subscription menawarkan dua pelan pilihan – Fixed (tetap) dan Switch (tukar). Pelanggan yang memilih Fixed Plan boleh menikmati Captur pada bayaran serendah RM1,299 sebulan dan RM2,299 untuk Koleos.

Pelanggan juga boleh memilih untuk mengambil Switch Plan yang sangat fleksibel. Pertama di Malaysia, Renault Subscription Switch Plan memberi kebebasan penuh tanpa sebarang ikatan serta lebih nilai tambah yang pengguna mahukan.

Di bawah pelan ini, para pelanggan boleh menukar di antara kedua-dua model tersebut dengan mudah pada bayaran serendah RM1,999 sebulan, bergantung kepada keperluan mereka.

Sebagai yang pertama di pasaran, perbandingan paling hampir dengan Renault Subscription ialah program pajakan biasa. Biarpun begitu, Renault Subscription adalah berbeza berbanding skim pajakan kerana ia menawarkan manfaat-mafaat seperti di bawah:

  • Tiada terma tetap yang mahal dan bersifat jangka panjang 
  • Kadar yang sangat kompetitif dan fleksibel menggalakkan pelanggan untuk mencuba model-model Renault yang berbeza
  • Kebebasan menukar model-model berbeza Renault untuk tempoh yang dimahukan oleh pelanggan, tanpa sebarang ikatan atau penalti (menerusi Switch Plan)
  • Kos menyeluruh dan ketenangan minda kerana cukai jalan, insurans dan penyelenggaraan berkala sudahpun dimasukkan ke dalam pakej. Pelanggan Switch Plan juga dilindungi dari segi kerosakan biasa komponen dengan jarak perbatuan tanpa had. Sementara had perbatuan tahunan sejauh 20,000km pula dikenakan ke atas pelanggan yang memilih Fixed Plan
  • Penjimatan tambahan dengan sifar bayaran muka dan tiada kadar faedah yang biasanya ada pada pembiayaan bank

Bergantung kepada pelan yang dipilih, pelanggan perlu membayar wang cagaran sebanyak RM2,500 atau RM3,500 yang akan dipulangkan semula.

Untuk tempoh terhad, pelanggan yang melanggan akan menerima langganan percuma selama sebulan bagi pelan Fixed selama dua tahun.

Jadual di bawah memperincikan dua pelan yang ditawarkan oleh ‘Renault Subscription’ – Fixed dan Switch:

Kenapa Renault Subscription munasabah?

Dalam landskap tingkah laku pengguna yang sudah berubah pada hari ini, ramai orang tidak lagi mahukan komitmen jangka panjang.

Renault Subscription menawarkan pelanggan dengan satu penyelesaian unik ke atas model kenderaan Barat yang maju dan bergaya tanpa perlu membayar kos bayaran muka dan kadar faedah yang tinggi.

Dengan hanya satu bayaran bulanan yang rendah, model langganan ini mengurangkan kemungkinan pelanggan daripada menerima ‘kos kejutan’ yang biasanya dialami sepanjang memiliki dan menggunakan sesebuah kenderaan.

Bukan itu sahaja, pengguna kini juga bebas untuk menukar model baharu setiap dua hingga tiga tahun, bergantung kepada langganan yang mereka mahukan.

Maklumat lanjut mengenai Renault di Malaysia dan ‘Renault Subscription’, sila layari laman web www.renault.com.my atau hubungi talian 1800-18-8663 (Isnin – Sabtu, 8:00am – 5:30pm, tidak termasuk cuti umum).

Google ads
Back to top button