Buletin

SUZUKI XL6. SI ERTIGA CROSSOVER. INI PESAING SEBENAR HONDA BR-V

Idea kereta menjadi crossover bukanlah sesuatu yang baru. Volkswagen pernah membuatnya menerusi Cross-Touran, Renault ada Captur, SUzuki pernah buat SX-4. Ia dibuat bagi “menggayakan” sebuah sedan/MPV kelihatan seakan sebuah crossover, padahal, ia hanya dari segi rekabentuk sahaja.

Suzuki XL6 dan Honda BR-V memiliki beberapa persamaan. Ia dibangunkan atas platform MPV. Honda BR-V dibangunkan dari platform Mobilio dan XL6 dari platform Ertiga. Ia dikenakan dengan kemasan wajib untuk sebuah crossover, wheel arch trim berbeza warna, gaya bampar depan dan belakang ala 4X4, suspensi lebih tinggi dan tayar dengan profil tinggi.

Dari sumber laman web India GaadiWaadi ini nampaknya menampilkan lampu hadapan baru berbanding Eriga. Terdapat skid plate yang agak dominan di kedua bahagian sisi serta jeriji hadapan berbentuk heksagon yang nampak maskulin.

Google ads
Back to top button