
KELAHIRAN SEMULA FORD ESCORT ALAN MANN 68 EDITION DARIPADA BOREHAM MOTORSPORT
Ini barangkali bukanlah model jentera lumba anak muda masa kini. Tapi yang pasti model ini pernah menjadi idaman buat mereka yang pernah merasa zaman muda sebelum ini. Boreham Motorworks dengan bangganya mempersembahkan sebuah model kelahiran semula Ford Escort Alan Mann 68 Edition, sebuah model jentera lumba sepanjang zaman Alan Mann Racing Ford Escort Mk1.
Walau pun dibina baharu, tetapi direka hasil daripada kejuruteraan dan direka mengikut spesifikasi asli yang asal yang pernah memenangi British Saloon Car Championship, model kesinambungan ultra eksklusif ini merangkumi kejuruteraan perintis, prestasi tanpa henti dan salasilah sukan permotoran yang mentakrifkan era keemasan Alan Mann Racing.

Setiap perincian model Ford Escort Alan Mann 68 Edition telah dicipta semula secara obsesif mengikut toleransi moden, sambil kekal berpegang teguh pada reka bentuk kereta perlumbaan yang dipesan lebih dahulu (bespoke) berbeza dengan pengeluaran model produksi massa Mk1 di kala itu.
Ianya termasuklah pembinaannya daripada bahan yang lebih ringan sehingga kepada susun atur sistem suspensi yang unik yang menjadikannya sebagai sebuah kuasa dominan di litar lumba.
Untuk mengekal keaslian seperti mana model asal, boleh dikatakan lebih 90% masih mengekalkan rupa dan spesifiaksi model asal. Malah model Alan Mann 68 Edition ini tidak mempunyai stereng kuasa, tiada kawalan cengkaman, tiada ABS dan tiada penggalak brek.

Reka bentuk sistem suspensi juga hampir sama dengan spesifikasi model asal. Satu-satunya perubahan dinamik yang ketara ialah tayar bersaiz berbeza, sekitar 1.5 inci lebih sempit di bahagian belakang dan ianya disebabkan oleh peraturan untuk beberapa kelas perlumbaan serta isu ketersediaan saiz tayar.
Malah model Alan Mann 68 Edition yang dibina dengan tujuan untuk bersedia berlumba dibekalkan dengan pasport teknikal FIA untuk membuktikan kelayakannya berlumba untuk pelbagai siri kelak.

Menggunakan enjin 1.8 liter dengan kuasa 205 PS yang dibina mengikut piawaian FIA serta digandingkan dengan kotak gear bullet empat kelajuan ianya dilihat cukup responsif dan tangkas apatah lagi dengan berat kering hanya 795 kg sahaja.
Dibina hanya sejumlah 24 unit sahaja, dengan setiap pembelinya akan dijemput untuk menghadiri satu siri acara perlumbaan dan latihan lesen perlumbaan (jika perlu), disokong sepenuhnya oleh krew pit berdedikasi daripada Alan Mann Racing sendiri.
BACA : FORD ESCORT RS KEMBALI: TERHAD 150 UNIT SAHAJA, JANA 296HP, HARGA SEKITAR RM1.7 JUTA
BACA : FORD ESCORT MK1 RS1600 NAK DIJUAL, HARGA JANGKAAN CECAH RM348K!