Buletin

LEAPMOTOR LANCAR SEDAN B01, 650KM SEKALI CAJ

Leapmotor telah melancarkan sebuah lagi sedan elektrik serba baru bersempena dengan Shanghai Auto Show 2025 dengan menggunakan platform serba baru iaitu LEAP 3.5 Architecture.

Leapmotor B01 merupakan sebuah sedan segmen C dengan panjang mencapai 4770mm dan lebar 1880mm ini adalah lebih panjang dan lebar berbanding dengan sedan popular iaitu Honda Civic

Malah penggunaan platform serba baru iaitu LEAP 3.5 juga membenarkan jurutera membesarkan jarak antara roda kepada 2735mm menjadikan ruang kabin antara yang terbaik dalam kelasnya.

Berdasarkan temubual penulis dengan jurutera Leapmotor, penggunaan sistem trenkuasa 7 in 1 juga membolehkan sedan B01 menawarkan ruang kargo kepada 460 liter dan ruang kargo depan menjadi 70 liter

Terdapat 2 pilihan saiz bateri dan kuasa motor yang semuanya ditawarkan dengan bateri LFP samaada 56kWh ataupun 67kWh. Bagi varian permulaan, ia menggunakan motor elektrik pacuan roda depan dengan tawaran kuasa 177 kuasa kuda

Bagi varian tertinggi, kuasa tadi dipertingkatkan menjadi 215 kuasa kuda dengan jarak perjalanan boleh mencecah 650km untuk satu pengecasan penuh berdasarkan standard pengukuran CLTC

Salah satu aspek yang diperbaiki oleh pasukan Leapmotor ialah menjadikan platform ini lebih cekap dengan mengurangkan pekali kadar geseran kepada 0.197 sahaja. Sistem multimedia dan pengurusan trenkuasa disokong dengan 2 cip Qualcomm Snapdragon 8155

Untuk varian tertinggi, Leapmotor B01 turut menawarkan sistem sensor Lidar yang dipasang pada bahagian atas bumbung dengan keupayaan untuk mengesan objek sehingga 300 meter ke depan

Salah satu aspek yang boleh dipuji juga ialah bagaimana platform dan trenkuasa Leapmotor B01 ini dibuat dengan sangat efisyen dengan berat keseluruhan platform hanyalah 1660kg sahaja bagi varian permulaan dan 1711kg bagi varian tertinggi

Buat masa ini Leapmotor B01 hanya akan dijual untuk pasaran domestik China terlebih dahulu dan sebarang rancangan untuk pasaran eksport adalah berdasarkan kajian terperinci untuk melihat kesesuaian produk dengan kehendak pasaran tempatan

Google ads
Back to top button