Buletin

LG VISION OMNIPOD CONCEPT MINI VAN MASA DEPAN. BOLEH TINGGAL TERUS DALAM TU

LG mendedahkan mini van konsep Vision Omnipod yang dicadangkan sebagai penyelesaian pengangkutan dipadankan antara muka kercerdasan buatan (AI).

Vision Omnipod menampilkan rekaan terkini dan moden dengan sentuhan warna dwi tona hitam serta perak digandingkan rim futuristik berwarna hitam.

Ruang dalaman hadir dengan rekaan dan kemasan yang mesra pengguna, permukaan selesa malah kemudahan penyimpanan serta paparan skrin moden.

Menariknya tentang mini van masa depan itu, ia dilengjapi mascot sistem AI LD terbaharu dikenali sebagai Reah yang diprogram untuk menjadi pembantu maya merangkumi beberapa tema kabin.  

Selain itu, Vision Omnipod direka sebagai penyelesaian sehenti memenuhi keperluan harian para pelanggan.

Ia dibangunkan untuk bertindak sebagai pejabat bergerak, pawagam mini, pusat beli-belah alam maya dan boleh ditukar kepada mod berkhemah.

Susun atur kenderaan itu sangat mengujakan sehingga lantai dipasang skrin supaya suasana keseluruhan kabin dapat diseleraskan mengikut tema diinginkan pengguna.

Vision Omnipod juga boleh menukar kepada mod tidur dengan lampu dimalapkan dan tempat duduk diubah menjadi katil.

Biarpun, produk terbaharu itu agak menarik tetapi LG tidak bercadang membangunkan ia sehingga produksi. – carbuzz

Google ads
Back to top button