
GADUH DENGAN SUAMI, WANITA LANGGAR FERRARI GTC4LUSSO DAN PORSCHE 918 SPYDER
Sebuah Ferrari GTC4Lusso dan Porsche 918 Spyder rosak selepas dilanggar oleh BMW 3-Series di satu kawasan parkir di China.
Berdasarkan kepada laporan media tempatan, insiden tersebut berlaku pada 4 Julai lalu berikutan pergaduhan yang tercetus di antara sepasang suami isteri. Tidak puas hati dengan suaminya itu, si isteri bertindak melanggar bahagian sisi GTC4Lusso yang kemudian mengenai sebuah 918 Spyder di sebelahnya.
Lebih malang lagi, sebuah Mercedes-Benz E-Class yang diparkir di sebelah 918 Spyder turut menerima kesannya.

Sebelum melanggar Ferrari berkenaan, wanita tersebut dikatakan telah melanggar sejumlah kereta lain dan tiang yang menyebabkan bahagian belakang BMW miliknya rosak.
Melihat kepada foto yang tular di media sosial, bahagian pintu pemandu dan panel belakang GT4Lusso kemek teruk. Rimnya juga mengalami kerosakan serius. Sudah tentu, 918 Spyder menjadi mangsa yang paling mahal untuk dibaiki.
Ini kerana bahagian hadapannya melanggar tiang konkrit yang mengakibatkan lampu utama, bampar dan panel perlu diganti. Sebuah motosikal BMW R18 yang diparkir di belakang Porsche itu juga mungkin menerima kesan pelanggaran tersebut.
Malang betul lelaki dapat bini macam tu..
- BACA: MUNGKIR JANJI BAYAR HUTANG KAKAK, WANITA BAKAR MOTOSIKAL BEKAS SUAMI
- BACA: SIAPALAH PEMILIK NAMA ALICE. SUAMI HADIAHKAN BUGATTI CHIRON SPORT KUSTOM
- BACA: PASANGAN SUAMI ISTERI NEKAD TUNGGANG HONDA CRF 150, YAMAHA VEGA PERGI MEKAH
- BACA: TERTEKAN AKIBAT MASALAH RUMAH TANGGA. SUAMI CUBA LANGGAR ISTERI SAMPAI MATI