Artikel Pilihan

PORSCHE 924, MODEL PALING KONTROVERSI. ENJIN 4 SILINDER, GUNA TORSION BEAM

Porsche merupakan satu kongmolerat yang memiliki sejarah yang panjang, dimulakan oleh pengasasnya iaitu Ferdinand Porsche. Ketika memulakan perniagaan, Ferdinand bukanlah bertindak sebagai pengeluar tetapi sebagai konsultant ataupun penasihat kejuruteraan bagi menghasilkan kenderaan.

Atas kapasiti itu, kerajaan Jerman pada tahun 1930an meminta nasihat kejuruteraan daripada Ferdinand membangunkan kereta rakyat dengan kerjasama Volkswagen. Ini menjadikan hubungan antara Volkswagen dan Porsche amat rapat sehingga mereka bergabung pada tahun 2011

Antara kerjasama Porsche dengan Volkswagen ini termasuklah satu projek pembangunan kereta sport 2 pintu yang diminta oleh Volkswagen dengan kod Project 425.

1. Kumpulan Volkswagen meminta Porsche membangunkan kereta sport tapi tidak pasti samaada akan dipasarkan sebagai Volkswagen ataupun Audi. Namun arahan Volkswagen ketika itu ialah cesi yang dibangunkan oleh Porsche wajib menggunakan enjin 4 silinder daripada Audi ataupun Volkswagen

Model 924

2. Jadi Porsche pun menghasilkan cesi enjin depan pacuan belakang dengan agihan berat 48% depan dan 52% di belakang bagi membantu cengkaman serta membrek. Bagi mengurangkan kos serta merendahkan harga jualan, semua komponen lain akan diambil daripada Volkswagen part bin.

3. Enjin 2000cc 4 silinder buatan Audi iaitu EA831 4 silinder, yang dipasang secara melintang pada cesi Audi kini dipasang secara menegak pada model 425 ini. Transmisi 4 kelajuan yang dibekalkan oleh Audi turut dipasang secara menegak pada model ini.

4. Suspensi depan model ini diambil daripada model Volkswagen Beetle dan Volkswagen Rabbit. Suspensi belakang menggunakan suspensi Volkswagen Microbus yang diperkuatkan serta sistem brek daripada Volkswagen K70 Sedan (atuk pada Passat) dengan brek drum di bahagian belakang.

924 Turbo

5. Malangnya ketika projek 425 hampir siap, krisis minyak tahun 1973 menyebabkan Volkswagen berfikir semula berkenaan halatuju rekaan syarikat. Projek 425 dihentikan pembangunannya manakala sebagai ganti Volkswagen membangunkan model pacuan depan yang lebih sporti, diasaskan daripada Golf dan dinamakan sebagai Scirocco.

6. Kerana nampak potensi projek yang dibangunkan ini, Porsche “buy back” keseluruhan projek dengan membayar 80% kos pembangunan dan meminta Audi meneruskan pelan mereka agar menghasilkan 100,000 unit enjin untuk mereka. Model ini dinamakan sebagai Porsche 924

7. Ketika dilancarkan oleh Porsche, peminat mereka pening dengan rekaan kereta ini kerana ia memiliki enjin di depan (biasa di belakang), enjin sejukan air (biasa sejukan udara), 4 silinder sebaris (biasa boxer) dan menggunakan torsion beam di bahagian belakang. Ia hanya menghasilkan 110 kuasa kuda sahaja

944

8. Tapi model 924 sangat seimbang dan apabila mengambil selekoh tajam, perubahan berat dari belakang ke depan (atau sebaliknya) adalah sangat linear dan progresif. Enjin berada di depan dan transmisi berada di belakang yang disambung dengan torque tube.

9. Sepanjang pengeluarannya, model 924 dinaiktaraf dengan menggantikan brek drum kepada brek cakera, kuasa enjin dipertingkat dengan pengenalan turbo dan juga menggantikan transmisi 4 kelajuan manual kepada 5 kelajuan manual serta memperkenalkan 3 kelajuan automatik. Enjin turbo ini menghasilkan 170 kuasa kuda dan 245Nm tork

10. Sebaik sahaja cukup 100,000 unit enjin dibekalkan oleh Audi, Porsche menggantikan enjin audi dengan menggunakan enjin mereka sendiri iaitu dengan mengambil enjin V8 5000cc yang dikerat 2 (secara teori) bagi menghasilkan enjin 4 silinder 2500cc. Bagi memastikan enjin ini harmoni dan seimbang, mereka meminta kepakaran Mitsubishi bagi memasang 2 unit balanced shaft (ehemmmm)

11. Apabila model baru diperkenalkan dengan enjin 2500cc yang menghasilkan 163 kuasa kuda, Porsche mengubah rekaan cesi 924 menjadi lebih lebar dan menamakan model ini sebagai Porsche 944. Namun bagi mengekalkan harga yang rendah, model 924 dikekalkan dan dipasang dengan enjin 2500cc namun kuasa direndahkan menjadi 148 kuasa kuda. Nama 924 digantikan dengan nama 924S

12. Dari segi prestasi, 924S boleh memecut 0-100km/j dalam masa 8.7 saat (0.02 saat lambat) berbanding 944. Tapi ia mencapai halaju tertinggi 205km/j berbanding 944 yang mencapai 194km/j. Model 944 ini kemudian dinaiktaraf dengan cesi dan badan yang lebih lebar serta enjin baru 3000cc yang dikenali dengan nama 968.

Ya memang panjang sejarah model ini, dari model 924 yang tidak dipedulikan oleh Volkswagen, menjadi 944 apabila dipasang dengan enjin 2500cc serta menjadi 968 dengan enjin 3000cc 4 silinder sebaris sejukan air. Ia kekal sebagai model alternatif daripada Porsche, enjin di depan, pacuan belakang, 4 silinder sejukan air untuk sebuah entry model bagi jenama Porsche.

Google ads
Back to top button