Artikel Pilihan

SIAPA THE STIG SEBENARNYA? MICHAEL SCHUMACHER? ABAM JAPAR?

Kebanyakan pembaca Mekanika membesar dengan menonton rancangan permotoran klasik Top Gear pasti akan kenal dengan satu karekter misteri dengan topi keledar bertutup penuh dan memakai sut perlumbaan penuh. Karekter misteri tanpa identiti ini dikenali dengan nama The Stig.

Top Gear merupakan majalah permotoran dan informasi dunia automotif British dan menghasilkan program TV mereka sendiri. Rancangan ini dihoskan oleh Jeremy Clarkson dan rakan karibnya iaitu Andy Wilman bertindak sebagai penerbit dari tahun 1977 lagi. Fokus utama rancangan ini ialah menghasilkan rebiu menarik berkenaan model kenderaan terkini

Pada tahun 2002, Jeremy dan Andy mempunyai idea untuk menghasilkan watak The Stig apabila rancangan Top Gear dirombak semula formatnya dengan studio, audien dan litar lumba tersendiri. Mereka perlukan satu watak profesional yang boleh mencatatkan masa terpantas dalam segmen Power Laps.

Watak ini juga bertanggungjawab mengajar selebriti jemputan mencatatkan masa terpantas di litar mereka. Jadi mereka perlukan seorang pelumba professional tapi masalah mula timbul kerana kebanyakan pelumba tak pandai bercakap depan kamera.

Jadi Jeremy dan Andy memutuskan watak ini tidak perlu bercakap dan memakai topi keledar bertutup penuh dan memakai sut perlumbaan warna hitam pada mulanya. Gelaran “The Stig” ini diberikan oleh Jeremy dan Andy kepada pelajar baru yang masuk ke sekolah mereka sewaktu merek berdua masih bersekolah kepada pelumba baru ini

Bagi mengekalkan kerahsiaan The Stig, Jeremy kerap kali memanggil The Stig bukan sebagai He (merujuk kepada lelaki) atau She (merujuk kepada perempuan) tapi sebagai It (objek). Tapi misteri terbesar setakat ini ialah, siapa sebenarnya The Stig?

Kami senaraikan di sini beberapa pelumba professional yang terkantoi memainkan watak The Stig.

1. Perry McCarthy – ini adalah pemegang watak The Stig pertama dalam siri Top Gear dengan warna asal sut perlumbaan hitam dan juga topi keledar hitam. Penglibatan Perry dalam perlumbaan F1 adalah terhad dalam perlumbaan F1 tahun 1992 dan gagal mendapat sebarang poin sepanjang perlumbaan

Perry juga pernah terlibat dalam perlumbaan 24 Jam Le Mans sebanyak 5 kali yang berkesudahan dengan Did Not Finish. Beliau memegang watak The Stig bermula dari Siri 1, Episod 1 2002 dan berakhir pada Siri 3, Episod satu apabila Top Gear menamatkan kontraknya.

Konflik bermula apabila suratkhabar Sunday Mirror mengeluarkan laporan khas siapakah The Stig sebenarnya selepas Siri 1 Top Gear tamat. Walaupun Perry membalas “I do know who the Stig is but I cannot comment any further”, Perry sendiri mendedahkan dia adalah The Stig apabila Siri 2 Top Gear tamat melalui buku tulisannya.

Salah satu faktor yang membuatkan Perry menamatkan kontraknya ialah bayaran yang rendah (RM 3876 seminggu) dan hubungannya dengan Wilman yang menjadi semakin renggang. Perry dihantar keluar dalam satu rancangan khas Top Gear vs Top Gun

2. Julian Bailey – Perry juga mendedahkan bahawa rakanya iaitu Julian pernah menggantikannya sebagai The Stig dalam beberapa keadaan. Julian merupakan bekas pelumba F1 bagi pasukan Tyrell Racing dan juga Team Lotus.

Julian juga berpengalaman dalam perlumbaan 24 jam Le Mans dengan 5 kali penyertaan, 5 kali menyertai British Touring Car Championship, Barthurst 1000 dan British GT Championship. Tapi Julian tidak pernah memegang watak The Stig secara tetap.

3. Ben Collins – selepas Perry menamatkan kontrak dengan Top Gear, Ben mengisi jawatan The Stig secara rasmi dan diberikan penampilan baru. Jika The Stig lama menggunakan tema hitam, The Stig Baru menggunakan tema putih dari topi keledar, sut perlumbaan dan juga kasut perlumbaan.

Berbeza dengan Perry, Ben hanya berlumba dalam siri perlumbaan 24 Jam Le Mans dengan kedudukan terbaik pada nombor 4 pada tahun 2011, BritCar 24 Hours pada kedudukan nombor 3 dan juga dalam British Touring.

Tapi berbeza dengan Perry, Ben memiliki syarikat sendiri iaitu Collin Auto Sport yang menyediakan perkhidmatan pemanduan dengan kejituan tinggi. Melalui syarikat inilah Collin dibayar atas khidmatnya menyediakan watak sebagai The Stig. Malah Ben turut menjadi pemandu stunt bagi 3 filem James Bond, Skyfall, Quantum of Solace dan Spectre.

Ini menyebabkan Ben merasakan adalah menjadi kerugian besar secara komersial kerana gagal membuat duit yang banyak sepanjang 7 tahun penglibatannya menjadi The Stig kerana dia tidak boleh menunjukkan wajah dan bercakap di depan kamera.

Pada tahun 2009 dan 2010 beberapa akhbar utama telah membuat laporan terbuka mendakwa Ben adalah The Stig. Ben muncul sebagai The Stig terakhir pada 1 Ogos 2010 sebelum khidmatnya ditamatkan berikutan kedegilan Ben menerbit buku bertajuk Men in the White Suits yang terang-terangan melanggar kontraknya dengan BBC Top Gear

Kes ini telah mengheret Bens, penerbit buku HarperCollins Publisher dan BBC Top Gear ke mahkamah. Nasib menyebelahi Ben apabila mahkamah memutuskan BBC Top Gear tidak berhak melarang buku tulisannya diterbitkan dan dijual kepada umum.

4. Michael Schumacher – Ketika suratkhabar mengeluarkan laporan berkenaan Ben dan juga The Stig, Top Gear dengan sengaja menjemput Michael Schumacher datang ke studio dan memandu Ferrari FXX dengan rekod catatan masa 1:10.7.

Namun jemputan Michael Schumacher ke studio BBC dan juga litar Top Gear adalah kerana Ferrari hanya membenarkan Schmacher sahaja yang memandu kereta prototype milik mereka ini. Tapi ini hanyalah taktik yang dihasilkan oleh Top Gear bagi mengalihkan perhatian media lain berkenaan isu Ben Collins

The Stig ke tiga diperkenalkan pada 26 Disember 2010 dimana identiti pemandu sebenar yang memegang watak ini kekal sehingga hari ini. Watak The Stig yang ketiga kekal misteri selama 12 tahun sehingga hari ini.

Google ads
Back to top button