Buletin

GARA-GARA SCAMMER, RM90K LESAP, HONDA HRV TIDAK KESAMPAIAN

Seorang lelaki tempatan hanya mampu berputih mata setelah kehilangan RM90,000 dipercayai ditipu seorang ejen jualan kereta.

Mangsa berumur 36 tahun mendakwa dia ditipu selepas berurusan dengan seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai ejen jualan di salah satu syarikat kenderaan terkemuka terletak di Jalan Damansara.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, “Mangsa membuat bayaran wang tempahan berjumlah RM500 kepada suspek dan bayaran tersebut diserahkan kepada pihak syarikat.

“Pada 29 April hingga 4 Mei pula mangsa membuat pembayaran wang secara tunai serta pindahan dalam talian ke nombor akaun syarikat yang diberikan oleh suspek,” katanya.

Jelasnya lagi, pada 11 Mei mangsa menerima panggilan telefon daripada pengurus pusat pameran, memaklumkan bahawa pihaknya masih belum menerima bayaran pendahuluan.

Selain itu, mangsa turut dimaklumkan bahawa suspek tidak lagi bekerja dengan syarikat mereka.

“Sehubungan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan suspek sudah dikenal pasti.

“Orang ramai diminta supaya berhati-hati dengan segala taktik penipuan jenayah scammer yang menyebabkan ramai mangsa terpedaya,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Google ads
Back to top button