Artikel Pilihan

PORSCHE 935 K3 KREMER RACING – JUARA LE MANS 1979 YANG PENUH KONTROVERSI

Peminat sejati Porsche yang menghampiri usia warga emas macam kami mesti pernah dengan tentang Porsche lejen ini yang juga dikenal sebagai Porsche Whittington bersaudara. Sama seperti Porsche lain, kereta ini dilahirkan di Stuttgart dan asalnya ia adalah sebuah 911 RS. Bukan biasa-biasa okey. Ia kemudian ditransformasi kepada jentera perlumbaan 935 K3 oleh Kremer bersaudara. Macam Fast and Furious la pulak main saudara-saudara ni.

Hidup kereta ini penuh drama dari beberapa beg penuh wang hasil jualan dadah, kes mahkamah, scam DEA sehinggalah kepada kejayaan dalam perlumbaan Le Mans. Ia sebuah 911 yang sangat penting dan bernilai.

Kenapa tidak kereta ini masih dalam keadaan asal sejak tahun 1979 dan tidak pernah mengalami apa-apa kemalangan.

Macam mana kereta ni boleh jadi ikon Porsce? Kita mulakan dengan kisah Bill dan Don Whittington. Mereka merupakan anak-anak lelaki seorang pelumba yang kemudian menceburi bidang perniagaan. Keduanya dibesarkan untuk bersaing walaupun sesama sendiri. Sebagai anak orang kaya mereka dibelikan motosikal oleh ayah mereka sebaik mereka mula berjalan.

Bukan hanya motosikal mereka juga menceburi bidang perlumbaan kuda, pesawat, bot, motosikal dan apa-apa sahaja yang bergerak. Silap-silap kuda longkang pun diorang lumba. Mereka merupakan ahli sukan South Florida yang digilai ramai wanita. Kaya, suka berparti dan mempunyai personaliti menarik.

Pada tahun 1979, kedua bersaudara ini pergi ke Le Mans untuk bertanding. Setiap seorang dari mereka membayar USD100,000 untuk menyertai pasukan Kremer Racing Team, sebuah pasukan dari Jerman yang menyertai Le Mans dengan jentera 935 K3. USD100,000 masa tu banyak tuan-tuan tapi ia bukan masalah untuk keluarga Whittinton ini.

Kenapa tidak? Keduanya mempunyai rahsis tersendiri. Mereka merupakan penyeludup marijuana. Mereka memiliki litar Road Atlanta dan dikatakan pada malam hari sentiasa ada pesawat penuh dengan marijuana membuat pendaratan di litar milik mereka itu.

Sehari sebelum perlumbaan, Whittington bersaudara menemui pemilik pasukan lumba mereka, Manfred dan Erwin Kremer dan menyatakan keinginan mereka untuk menjadi pelumba pertama dan kedua. Ini menjadikan pelumba asal Kremer, Klaus Ludwig sebagai pelumba ketiga. Dah tentu terperanjat beruk si pemilik pasukan.

Mereka tidak bersetuju dan menyatakan Ludwig akan memulakan perlumbaan dan sebagai pemilik mereka berhak menentukanya.

Don Whittington menyoal. “Macam mana kalau kereta itu milik kami?”

“Korang boleh buat apa korang suka”, sambung pemilik pasukan.

“Berapa harga kereta ni?” sambung Don Whittington lagi.

Selepas berbincang dengan Ludwig, bos Kremer berbincnag dengan Ludwig dan membuat keputusan yang yang munasabah ialah USD200,000.

Don segera memasuki treler peribadi beliau dan kembali dengan wang tunai berjumlah USD200,000 sehinggakan isteri Manfred mengambil seharian untuk mengira wang tersebut.

Paling mengejutkan ialah kombinasi Bill dan Don Whittington serta Klaus Ludwig berjaya memenangi perlumbaan Le Mans dengan menggunakan jentera produksi mengalahkan dua buah jentera prototaip Porsche sendiri yang dipandu oleh pelumba-pelumba terbaik dunia! Berita kemenangan itu menjadi tajuk utama kabanyakan surat khabar seluruh dunia.

Adik beradik Whittington menjadi lagenda dalam satu malam dan begitu juga dengan jentera 935 K3 milik mereka.

Beberapa tahun selepas itu, kedua beradik itu telah dipenjarakan kerana menyeludup marijuana dan mengelak cukai. Sebelum dimasukkan ke penjara mereka telah “meminjamkan” 935 milik mereka kepada Indianapolis Motor Speedway Museum untuk menyelamatkannya dari disita oleh pihak berkuasa.

Sebaik dibebaskan mereka cuba mendapatkannya kembali tetapi gagal dalam satu perbicaraan mahkamah yang menjadi sebutan ramai pada tahun 2004. Kereta tersebut kekal dalam muzium sehingga 30 tahun.

Kereta ini akhirnya menjadi milik Bruce Meyer sejak 12 tahun lalu. Beliau berjaya mendapatkannya dari muzium selepas membuat pertukaran dengan jentera juara Indy 500 1952 milik beliau yang digelar “Agajanian Special”. 935 itu kemudiannya dibawa kepada Bruce Canepa seorang pakar restorasi Porsche yang membina semula kereta ini kepada keadaan asal.

Akhirnya kini ia kembali kepada keadaan asal sewaktu beraksi dalam perlumbaan LeMans. Ia dihasilkan untuk satu tujuan iaitu untuk menjadi juara.

Google ads
Back to top button