,
Buletin

SATU PEKAN DAPAT RENAULT ZOE EV PERCUMA. PERCAYA KE TAK?

Bayangkan satu pekan dapat memiliki kereta elektrik (EV) secara percuma. Ini yang berlaku di sebuah pekan terpencil, Appy di wilayah Ariege, Perancis.

Pemberian kenderaan model Renault Zoe tersebut bukanlah untuk selama-lamanya.

Penduduk terlibat dalam program elektrik inovatif syarikat Renault yang membolehkan mereka menggunakan EV tersebut selama tiga tahun.

Bagaimanapun, jumlah kenderaan yang diberikan tidak dimaklumkan oleh syarikat terbabit. Kalau mengikut laman web pekan terpencil itu hanya memiliki populasi seramai 25 orang.

Bijak Renault!!! Buat eksperimen dekat pekan kecil.

Penduduk yang menerima Zoe dibekalkan pengecas rumah dan juga sudut pengecasan awam di pekan mereka.

Apabila disambungkan kepada pengecas DC, bateri 52 kWh pada ZOE boleh dicas selama 30 minit untuk jarak pemanduan 145 km.

Dengan ciri-ciri baharu seperti bahan kitar semula digunakan pada model tertentu, kluster instrumen digital 10 inci, sistem infotainment didatangkan dengan skrin sentuh EasyLink terkini dan pilihan ADAS (advanced driver assist systems).

Model Renault Zoe berjaya meningkatkan jualan di Eropah sebanyak 50 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini kepada 37,540 unit.

Tags
Google ads
Back to top button