Buletin

HONDA MALAYSIA KELUAR VIDEO TEASER CITY BAHARU. TAK LAMA DAH NI

Pada penghujung tahun lalu, Honda telah melancarkan model City terbaharu di Thaland. Honda City merupakan pesaing dalam segmen B bersama model seperti Vios, Almera dan Mazda 2.

Kini, Honda Malaysia telah mengeluarkan teaser model terbaharu Honda City di laman sosial.

Dalam promosi teaser berkenaan Honda mengungkapkan kata-kata Your Time Is Up dengan kenderaan dilihat samar-samar berwarna merah.

Ia sudah pasti memberi petanda bahawa model terbaharu bakal memasuki pasaran dalam masa terdekat sekali gus menarik perhatian penggemar jenama Jepun ini.

Kalau diperhatikan daripada video berkenaan, kemungkinan besar model terbaharu ini menawarkan warna merah yang lebih garang kepada pembeli.

Di Thailand, harga City terbaharu ini ditawarkan pada harga RM80,000 untuk varian S,  varian V (RM84,100), dan  varian SV (RM91,900). Bagi varian RS pula, ia mencecah sehingga RM102,000.

Begitupun, masih tidak dapat dipastikan lagi mengenai spesifikasi dan informasi berhubung jentera terbaharu yang bakal memasuki pasaran Malaysia.

Google ads
Back to top button