Buletin

TINGKATKAN KEUNTUNGAN PERNIAGAAN DENGAN TRAK SCANIA. BERMULA RM6,888 SEBULAN

Menjana keuntungan dengan Scania adalah lebih mudah daripada yang disangka. Sempena sambutan ulang tahun ke-50 yang pertama  di Malaysia, Scania akan melancarkan promosi menarik untuk trak yang ditempah  dan dihantar bermula Januari hingga Disember 2021. 

Bermula dengan harga atas jalan serendah RM6,888 hingga RM11,118 sebulan, anda boleh memiliki sebuah ‘New Truck Generation’ dari Scania untuk lima penggunaan yang berbeza. Kemudahan kewangan pula tertakluk kepada kelulusan kredit, serta terma dan syarat.

Harga atas jalan yang bermula dari RM9,888 sebulan termasuk insurans dan cukai jalan dengan kontrak Pembaikan & Penyelenggaraan adalah untuk pengangkutan kontena Scania.

Khusus untuk kargo am, pengangkutan pukal dan pengangkutan tanker, kontrak ini disertakan dengan insurans dan cukai jalan termasuk perkhidmatan penyelenggaraan selama 5 tahun. Ketiga-tiga jenis pengangkutan ini sangat sesuai untuk penghantaran muatan berat jarak jauh. 

Harga di atas jalan yang bermula dari RM11,118 sebulan termasuk insurans dan cukai jalan serta perkhidmatan penyelenggaraan selama 5 tahun adalah untuk Scania XT Tipper. Trak jongket (tipper) itu sesuai digunakan dalampersekitaran lasak dan dapat menyelesaikan tugasan dengan mudah.

Akhir sekali, harga atas jalan yang bermula dari RM6,888 sebulan termasuk insurans dan cukai jalan serta perkhidmatan penyelenggaraan selama 2 tahun adalah untuk trak rigid berkotak Scania. Reka bentuk trak ini amat sesuai untuk penghantaran dari pintu ke pintu di bandar.

Bagi yang layak, Scania Credit boleh menyediakan sewa beli yang sesuai demi memenuhi kemampuan pelanggan. Sebahagian besar pelanggan sedia ada Scania membuktikan bahawa mereka memperoleh pulangan pelaburan yang baik.

Trak Scania terkenal dengan penjimatan bahan api, selamat dan boleh dipercayai. Ia juga direka untuk memberi kecekapan dalam keseluruhan kos operasi selain meningkatkan keuntungan perniagaan. Melalui kerjasama Scania Ecolution, para pengendali juga dapat mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO2). 

“Scania akan terus menerajui peralihan ke arah sistem pengangkutan mampan melalui langganan penyelesaiannya yang menyeluruh. 

“Semua ini berjaya membantu pelanggan kami mencapai matlamat memaksimumkan keuntungan sambil meminimumkan jejak karbon mereka,” kata  Pengarah Jualan Scania Southeast Asia, Daniel Tan. 

GALERI

Google ads
Back to top button