SCANIA DC16 123, 770 KUASA KUDA DAN 3700NM TORK
Sebenarnya Scania sudah memperkenalkan 4 enjin serba baru pada Oktober 2021, tapi video berkenaan teknikal enjin berkenaan baru sahaja ditayangkan di Youtube 3 minggu lepas. 4 Enjin baru tersebut ialah enjin 16,400cc V8 turbidiesel dengan pilihan 530 kuasa kuda, 590 kuasa kuda, 660 kuasa kuda ataupun 770 kuasa kuda.
Semua enjin baru yang ditawarkan oleh Scania berupaya menggunakan sehingga 100% hydrotreated vegetable oil atau campuran dengan diesel biasa. Barisan enjin ini juga menjimatkan sehingga 6% bahan api dengan gandingan transmisi G33 baru buatan Scania
Penjimatan 1% disumbangkan oleh transmisi baru manakala baki 5% disumbangkan melalui pembangunan enjin yang mengurangkan geseran dalaman, nisbah mampatan lebih tinggi, menggunakan sistem pembersihan asap yang lebih baik dan sistem ECU yang lebih berkuasa
Enjin yang paling berkuasa DC16 123 berupaya menjana 770 kuasa kuda dan 3700Nm tork antara 1000-1450 RPM, naik 40 kuasa kuda dan 200Nm berbanding enjin lama serta mengalahkan pesaing mereka iaitu Volvo. Kuasa ini dicapai dengan menggunakan sistem suntikan lebih besar serta turbo VGT yang dipasang galas bebola besi
Perubahan mekanikan ini bukan sahaja menjadikan enjin semakin pantas dari segi respon tapi mejadi 75kg lebih ringan berbanding enjin lama. Teknologi Active Inlet Metering juga turut digunakan yang menggunakan pam bahan api tekanan tinggi yang baru. Ditambah dengan tekanan dalam silinder yang ditinggikan, ia turut menyumbang kepada kecekapan enjin
Transmisi baru Scania iaitu G33CM menampilkan gear ratio yang lebih luas dan gear overdrive yang boleh menangani RPM rendah dan tinggi dengan efisyen. Geseran dan kecekapan mekanikal ditambah baik sehingga berkurang 50%.
Ini dicapai dengan menggunakan minyak pelincir gear kelikatan rendah serta sistem semburan minyak pelicir terus pada gigi gear ketika operasi. Berat sistem transmisi berkurang 60kg dengan penggunaan perumah aluminium serta mengurangkan synchromesh gear daripada 7 kepada 2 sahaja
Scania berpendapat walaupun teknologi sedang berubah kepada teknologi hibrid, adalah lebih bagus untuk mereka terus memperbaiki enjin diesel sekarang bagi mengurangkan pelepasa gas karbon dioksida . Untuk perjalanan yang melibatkan 150,000km setahun, operator lori boleh menjimatkan sehingga 4000 liter diesel dengan enjin dan transmisi baru ini
Video penerangan ini ada di bawah, tapi hanya sesuai untuk ditonton sebelum anda tidur sahaja