HILUX NO. 1 DI AUSTRALIA PADA 2022, TOYOTA KUASAI PASARAN SELAMA 2 DEKAD!
Toyota HiLux sekali lagi menguasai pasaran automotif Australia dengan penyerahan kepada pelanggan berjumlah 64,391 unit pada 2022.
Angka itu menyaksikan peningkatan sebanyak 22 peratus berbanding 2021 dan mengukuhkan dominasi HiLux sebagai model terlaris di Australia selama tujuh tahun berturut-turut!
Jualan itu juga yang tertinggi berbanding mana-mana model Toyota sejak 2005.
Selain HiLux, Toyota sendiri mencatatkan keputusan cemerlang dengan jualan 231,050 unit kereta, kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kenderaan komersial.
Jumlah itu paling tinggi di dalam tempoh 14 tahun dengan satu daripada lima kenderaan baharu yang diserahkan kepada pelanggan adalah dari Toyota.
Jualan Toyota pada 2022 meningkat 3.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Berikut ringkasan jualan Toyota di Australia pada 2022:
Toyota HiLux
- 64,391 unit diserahkan kepada pelanggan
- Rekod baharu untuk segmen 4×4 dengan 47,329 serahan, HiLux 4×2 sebanyak 17,062 unit dan prestasi tahunan terbaik sejak 2008
- Satu-satunya ‘ute’ yang mencatatkan jualan kenderaan terbaik
- Menerajui jualan di Wilayah Utara (Northen Territory) dalam tempoh 22 tahun lepas, Quensland selama 16 tahun berterusan dan Barat Australia selama 15 tahun berturut-turut.
Toyota Corolla
- Corolla hatch dan sedan menguasai segmen kereta penumpang dalam tempoh sepuluh tahun dengan jualan 25,284 unit
Toyota RAV4
- Tahun ketiga berturut-turut sebagai SUV terlaris
- Jualan sebanyak 34,845 unit
Toyota LandCruiser Prado
- Rekod baharu untuk tahun kedua berturut-turut
- Jualan sebanyak 21,102 unit
Model hibrid Toyota
- Tahun ke-21 sejak kenderaan elektrik hibrid dijual di Australia
- Catat jualan sebanyak 72,815 unit
- Mewakili 31.5 peratus daripada jualan keseluruhan Toyota
- Jika diasingkan, model hibrid Toyota berada pada kedudukan keenam di Australia
- Model hibrid terlaris ialah RAV4 dengan 26,547 unit jualan atau 72.6 peratus daripada keseluruhan jualan SUV itu
- Jualan kenderaan elektrifikasi Toyota sudah mencecah 315,087 unit
Rekod yang dicatatkan Toyota meletakkannya sebagai peneraju jualan kenderaan di Australia untuk dua puluh tahun berturut-turut dan secara keseluruhannya selama 26 tahun sejak kali pertama menguasai pasaran pada 1991.
Toyota adalah satu-satunya jenama yang berjaya mencapai 200,000 jualan dalam tempoh setahun dan menjangkaui jumlah tersebut dalam tempoh 11 tahun berturut-turut dan sebanyak 18 kali daripada 19 tahun lalu.
Kredit: Toyota Australia
BACA: TOYOTA CROWN KEMBALI, SEDAN PREMIUM DAN TINGGI DARIPADA CAMRY!