Buletin

HARGA RASMI NSX DI AUSTRALIA, AUD420K – RM1.3 JUTA

Di Australia, harga kereta sebenarnya tidak semurah yang disangka. Dengan kadar tukaran Ringgit berbanding Dolar Australia hari ini, harga kereta kita dan Australia sudah tidak banyak perbezaan. Bagi segmen tertentu, kereta-kereta di Australia jauh lebih mahal berbanding Malaysia.

Trak pikap adalah salah satu segmen yang besar di sana dan ianya tidak murah kalau dibandingkan sistem cukai trak di Malaysia. Sebagai contoh, model tertinggi Toyota Hilux di Australia berharga AUD58,000 (hampir RM180K) berbanding Hilux kita dalam julat RM135,000 untuk varian tertinggi.

Honda-NSX-first-production-mekanika (1)

Satu lagi segmen yang dianggap “gila” oleh peminat kereta di sana ialah kategori kereta sports. Harganya lebih 2 kaliganda berbanding Amerika. Di Amerika, sebuah Acura NSX berharga USD165,000 hingga ke USD205,000.  Bagaimanapun, unit pertama yang keluar dari kilangnya dibuat istimewa untuk tujuan kebajikan. Ia berjaya dibida sehingga USD1.2 juta.

Dalam kes kali ini, kami pilih Honda NSX, kereta yang kini sudah boleh ditempah di Australia dengan harga AUD420,000 (RM1.29 juta). Itu bukanlah harga yang runcit-runcit untuk kategori NSX dan dari pemerhatian kami, ramai yang sangka NSX adalah pesaing Nissan GT-R.

Next Generation Acura NSX Unveiled

Maaf, NSX tidak digaris bersama GTR, penanda arasnya ialah Ferrari 488 GTB, Audi R8 dan Lamborghini Huracan. Sebagai perbandingan, harga sebuah Huracan LP610-4  ialah AUD428,000 dan 488 GTB ialah AUD470,000. Maknanya NSX masih murah.

Berapakah harganya kalau dilancarkan di Malaysia? Saya tidak fikir ia mencecah RM1 juta. Mungkin boleh ditanda-aras bersama Porsche 911 turbo; sekitar RM900,000. Adakah ia berbaloi dimiliki? Sebuah super car Honda dan harga menghampiri kategori meninggal dunia? Kalau yang bukan Type R pun harga dah begitu, berapa pula harga untuk NSX versi Type-R?

001-honda-nsx-concept-gt-1

Bagi peminat supercar, enjin 3.5 liter, turbo berkembar yang diperkuatkan dengan 3 motor elektrik Sport Hybrid pacuan semua roda 573hp 550NM, ia adalah pembelian berbaloi. Maksudnya, ia di luar norma sebuah kereta sport.

Cuba kira berapa kali dalam hidup anda jumpa orang pandu NSX?

Cuba ingat berapa kali boleh jumpa Lamborghini, Ferrari dan Porsche?

 

Faham ke tak ni? 🙂

Google ads
Back to top button