Buletin

HONDA, LG ENERGY UMUM BINA KILANG BATERI 40 GWH DI US

Honda dan LG Energy Solution sebelum ini mengumumkan kerjasama untuk membangunkan kilang bateri kereta elektrik, dan kilang tersebut bakal dibina di Fayette County, Ohio, Amerika Syarikat.

Kedua-dua pihak bakal melabur sekurang-kurangnya $3.5 bilion untuk membina kilang tersebut, dengan jumlah perbelanjaan sepenuhnya mencecah $4.4 bilion.

Pembinaan kilang bateri itu dijangka akan bermula seawal 2023 dan siap menjelang akhir 2024. Menjelang akhir 2025, Honda menyasarkan penghasilan pek bateri lithium-ion berjumlah 40 GWh setiap tahun.

Untuk tempoh beberapa tahun akan datang, Honda merancang untuk melancarkan beberapa buah model EV, bermula dengan model Prologue pada tahun 2024, diikuti EV daripada senibina e:Architecture pada tahun 2026, serta EV menerusi kerjasama dengan GM menjelang tahun 2027.

Honda juga turut bekerjasama dengan Sony untuk membangunkan model kenderaan elektrik yang akan mula dijual seawal tahun 2025. – Motor1

Google ads
Back to top button