Buletin

VW AKHIRNYA KELUAR PASARAN RUSSIA, SIAP JUAL KILANG TERUS

Pengeluar Volkswagen membuat keputusan untuk menghentikan terus operasi perniagaan dan pemasangan kenderaan di Russia.

Serentak dengan itu, mereka turut sama menjual segala pegangan di dalam syarikat subsidiari Russia, serta kilang yang terletak di sana.

Menerusi perjanjian yang termeterai dengan syarikat Avilon, VW telah dibayar sebanyak €125 juta untuk melepaskan operasi perniagaan dan kilang pemasangan kenderaan di barat bandar Kaluga yang mempunyai kapasiti pengeluaran 225,000 unit setahun.

Menurut laporan The New York Times, Volkswagen telah membelanjakan sejumlah wang bernilai €774 juta untuk membina kilang Kaluga yang akhirnya dibuka pada tahun 2007.

Volkswagen mencapai produksi berskala penuh pada tahun 2009 sebelum akhirnya menghentikan segala operasi sejurus selepas serangan Russia ke atas Ukraine pada Februari 2022.

Setakat 2021, pengeluar kereta telah menggajikan kira-kira 300,000 orang pekerja serta terdapat 3.5 juta pekerja di dalam industri yang berkaitan.

Sejak serangan ke atas Ukraine dibuat, angka produksi di negara itu menjunam 77 peratus dan banyak pengeluar terkemuka sudah pun menarik diri daripada pasaran tersebut. – The New York Times

Google ads
Back to top button