
MYTUKAR TAWAR GANJARAN BERNILAI LEBIH RM168,888 DI PAMERAN AUTOFAIR HUJUNG MINGGU INI!
myTukar kini kembali dengan pameran AutoFair edisi keempat yang akan berlangsung dari 6 hingga 8 Januari 2023 di Puchong South bagi menyambut ketibaan Tahun Baharu Cina dengan aneka tawaran dan hadiah eksklusif.
Ganjaran bernilai lebih RM168,888 dan diskaun eksklusif sebanyak RM16,000 di samping kadar faedah tahunan serendah 3.00 peratus bagi semua kereta “myTukar Certified” menanti pelanggan di pameran tersebut.
Pelanggan di Lembah Klang yang ingin menukar beli atau membeli kereta baharu boleh berasa lega kerana semua kereta myTukar Certified telah menjalani proses pemeriksaan 160 poin yang ketat.

Selain proses perakuan myTukar serta pelbagai diskaun dan kadar faedah yang menarik, pengunjung AutoFair juga dapat menikmati hadiah bernilai sehingga RM77,000 menerusi promosi Putar & Menang.
Ia termasuklah kad Starbucks, TnG, Petron, rebat tunai sehingga RM8,888, serta perkhidmatan percuma oleh myTukar untuk penyelenggaraan asas, mencuci kereta dan pemeriksaan keadaan kereta.
Pelanggan juga akan menerima baucar tempahan bernilai sehingga RM500 daripada jenama-jenama terpilih seperti DK Schweizer, V-Kool, Recaro dan Blueair.
Tawaran lain untuk dinikmati oleh pelanggan ialah khidmat mengecat kereta eksklusif untuk pelanggan yang membuat pembelian kereta myTukar Certified di AutoFair pada harga bermula serendah RM1,620, barangan myTukar eksklusif di mana ia boleh ditebus dengan mengumpul setem dari stesen-stesen pameran.
Bersempena anjuran pameran AutoFair di Puchong South, myTukar juga akan menyediakan tawaran Tahun Baharu Cina buat para pelanggan di Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Dari 6 hingga 8 Januari, para pelanggan boleh mengunjungi myTukar Retail Experience Centre di Juru Autocity atau Plentong untuk menikmati tawaran yang sama.
- BACA: MYTUKAR JALIN KERJASAMA DENGAN DAIHATSU MALAYSIA. JUAL KENDERAAN TERPAKAI LEBIH MUDAH DAN PANTAS
- BACA: MYTUKAR UMUM INTEGRASI DENGAN CTOS APPLICATION AND DECISIONING, KELULUSAN PINJAMAN LEBIH PANTAS
- BACA: MYTUKAR LANCAR PROGRAM PERANTIS DENGAN TOC. DIJAMIN DAPAT KERJA DI MYTUKAR DAN CARRO
- BACA: JUAL KERETA DENGAN MYTUKAR. MUDAH, CEPAT DAN HARGA TINGGI









