Buletin

MYTUKAR JALIN KERJASAMA DENGAN DAIHATSU MALAYSIA. JUAL KENDERAAN TERPAKAI LEBIH MUDAH DAN PANTAS

myTukar baru-baru ini menjalin kerjasama dengan Daihatsu (Malaysia) Sdn. Bhd. (DMSB) untuk memudahkan proses penjualan semua model terpakai Daihatsu.

Jadi, myTukar akan menjadi rakan trade-in partner untuk Daihatsu Malaysia. Proses tersebut merangkumi pemeriksaan, pengambilan serta urusan pembayaran yang pantas.

“Kerjasama ini akan memanfaatkan platform teknologi myTukar dalam mempercepatkan proses penjualan kenderaan terpakai dan membeli model baharu Daihatsu.

“Pelanggan Daihatsu kini mempunyai satu pusat sehenti yang menawarkan perkhidmatan yang telus dan mudah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif myTukar, Derrick Eng.

Kolaborasi itu dijangka memberi impak positif kepada 300 hingga 500 orang pelanggan sebulan. Ia secara tidak langsung dapat merangsang jualan kenderaan di bawah Daihatsu Malaysia Group.

Google ads
Back to top button