Buletin

IBU BAPA BAZIRKAN MASA SELAMA 4 HARI SETIAP TAHUN UNTUK MASUK DAN KELUARKAN ANAK DARI KERETA – KAJIAN

Cuti panjang sudah berakhir dan ibu bapa kini kembali menjalani rutin harian menghantar anak ke sekolah, pergi pejabat dan sebagainya. 

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh SEAT baru-baru ini, ibu bapa dilapor terpaksa menghabiskan masa selama empat hari setiap tahun untuk membuatkan anak masing-masing masuk dan keluar dari kereta sebanyak dua kali sehari. 

Tahukah anda bahawa satu pertiga ibu bapa lewat ke tempat kerja sekurang-kurangnya sekali seminggu kerana rutin harian ini.

Secara purata, ibu bapa dikatakan lambat 11 minit ke pejabat kerana anak yang meragam. Tambahan masa biasanya diambil oleh anak untuk memakai kasut dan kot sebelum keluar dari rumah. 

Responden memberitahu kanak-kanak berusia dua dan tiga tahun merupakan yang paling menguji kesabaran untuk mereka masuk ke dalam kereta. Tugas untuk keluar dari rumah dan memasukkan anak ke dalam kereta biasanya menambah masa selama 20 minit lagi kepada rutin harian. 

Malah satu daripada 14 keluarga dilapor mengambil masa sehingga 40 minit lebih lama untuk memulakan perjalanan apabila mempunyai anak kecil. 

Jadi taktik paling biasa dilakukan adalah memberi ganjaran kepada anak seperti gula-gula, memainkan lagu kegemaran dan menjanjikan sesuatu apabila tiba di destinasi.  

Google ads
Back to top button