Buletin

KEMALANGAN MAUT PERTAMA DI DUNIA, 150 TAHUN LALU BERLAKU DI…. IRELAND

31 Ogos 2019 menandakan genapnya 150 tahun kemalangan maut pertama direkodkan di dunia. Kemalangan itu melibatkan sebuah jentera berkuasa wap Rickets buatan tahun 1860, manakala mangsanya ialah seorang ahli astronomi dan alam semula jadi terkenal, Mary Ward. 

Insiden malang itu berlaku pada 31 Ogos 1869 apabila Mary dan keluarga sedang bercuti di rumah sepupunya. Anak sepupunya itu kemudian mencadangkan untuk pergi ke pinggir kampung dengan menaiki sebuah kereta buatan mereka sendiri yang dikuasakan oleh enjin wap.  

Pada ketika itu, enjin wap dilihat sebagai masa depan dan semakin banyak kereta sepertinya muncul dalam kalangan keluarga berada. Biarpun begitu, Akta Bendera Merah diperkenalkan pada tahun 1865 yang menghadkan kelajuan 6.5km/j di jalan kampung dan 3.2km/j di kawasan bandar. Had kelajuan itu dikenakan kerana roda besi yang berat merosakkan jalan. 

Ward dilanggar oleh kereta wap itu apabila berada di selekoh sebelum terjatuh. Ketika doktor sampai, dia sudahpun  mati kerana mengalami patah leher. 

Wanita itu menjadi kematian pertama direkodkan melibaykan kenderaan, tetapi peninggalannya terus kekal hingga ke hari ini. Lahir daripada sebuah keluarga saintis, Ward yang belajar di rumah sememangnya memiliki ilmu berbeza berbanding rakan seusianya. 

Apabila ayahnya membelikan sebuah mikroskop, dia mula belajar sendiri segala apa yang diminatinya. Walaupun tidak pernah menjejakkan kaki ke universiti, Ward tetap mampu menulis lima buah buku yang kebanyakan berkaitan mikroskop. 

Ketika meninggal dunia, ibu kepada lapan orang anak itu baru berusia 42 tahun. 

Google ads
"
"
Back to top button