Buletin

KAD KREDIT RHB SHELL VISA /i. NIKMATI CASHBACK SEHINGGA 12% APABILA BELI MINYAK DI STESEN MINYAK SHELL

RHB Banking Group (RHB) baru-baru ini mengumumkan kerjasama strategik jangka masa panjang dengan Shell untuk menawarkan kad kredit istimewa kepada pengguna di Malaysia.

Kolaborasi dengan Visa itu membolehkan kad kredit RHB Shell Visa /i yang memudahkan pemberian ganjaran ke atas pembelian bahan api dan sebagainya dalam satu kad kredit sahaja.   

Selain daripada cashback ke atas pembelian minyak, ia juga menawarkan lebih banyak kelebihan ketika membeli-belah barangan keperluan seharian sama ada secara dalam talian atau di kedai.  

RHB mensasarkan sebanyak 100,000 permohonan baharu terhadap kad kredit ini dalam tempoh 12 bulan.

Pelanggan boleh berjimat sehingga RM100 sebulan menerusi 5 peratus pulangan wang tunai untuk transaksi dalam talian. Ia merangkumi RM50 untuk transaksi petrol dan RM50 bagi tambah nilai e-dompet, pembayaran bil utiliti, barangan dapur dan perbelanjaan harian yang lain.

Pemegang kad juga akan menikmati rebat pulangan tunai sehingga 12 peratus untuk transaksi petrol di semua stesen minyak Shell di seluruh negara. Ini merupakan kadar pulangan tunai petrol paling tinggi di Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada promosi pelancaran, pemegang kad kredit baharu itu akan menerima cashback sehingga 30 peratus ke atas pembelian petrol sehingga Julai 2021.

Google ads
Back to top button