,
Buletin

TAK ADA INSURANS, LAMBORGHINI URUS DISITA DI MANCHESTER

Memandu kereta tanpa dilindungi insurans boleh menyebabkannya dirampas di banyak negara, termasuklah di United Kingdom.

Itulah yang terpaksa dihadapi oleh seorang pemandu Lamborghini Urus yang ditahan oleh pasukan polis peronda di Manchester, UK.

Lelaki yang tidak didedahkan umurnya itu melakukan dua kesalahan. Pertama, dia memandu SUV mewah itu dengan menggunakan insurans untuk sebuah Volkswagen Golf milik ibu bapanya. Kedua, dia memandu laju di Stevenson Square.

Ketika dia sedang seronok merempit, perbuatannya itu dikesan oleh sebuah kereta peronda bersenjata dan ditahan. Apabila diperiksa, pegawai polis berkenaan mendapati Urus itu tidak ada insurans.  

Jadi, SUV mewah itu terus dirampas. Pemilik sebenarnya (ahli keluarga lelaki terbabit) perlu pergi ke balai dengan membawa bukti pemilikan dan insurans sebelum dia boleh memandu pulang Urus tersebut.

Jika gagal, polis boleh melelongnya atau mengenakan hukuman lebih berat iaitu melupusnya, tanpa mengira jenis atau jenama kereta berkenaan.

Dalam satu hantaran di laman twitter, polis Manchester menulis: “Pemandu Lamborhini ini rasa perlu menggunakan Stevenson Square seperti litar lumba sambil ditonton oleh pasukan peronda bersenjata.

“Rupanya-rupanya, nama dia hanya ada untuk insurans sebuah Golf dan bukannya Lambirghini Urus. Jadi, SUV itu dirampas kerana tiada insurans.”

Tags
Google ads
Back to top button