" "
Buletin

SHELL MALAYSIA PERKENALKAN KOLEKSI STAR WARS RACERS – HARGA BERMULA RM49.90

Shell Malaysia hari ini memperkenalkan koleksi kereta kawalan jauh eksklusif untuk peminat serta pengumpul tegar.

Bekerjasama dengan The Walt Disney Company Southeast Asia, koleksi ini menggabungkan inovasi Shell V-Power untuk menghadirkan sebuah koleksi Star Wars Racers pertama di dunia.

Untuk rekod, koleksi edisi terhad ini menampilkan enam kereta kawalan jauh iaitu:

  • Darth Vader™ Racer
  • Stormtrooper™ Racer
  • Darth Maul™ Racer
  • The Mandalorian™ Racer
  • Boba Fett™ Racer
  • BB-8™ Racer

Kesemua model ekslusif ini masing-masing dipadankan dengan karakter kegemaran peminat Star Wars terutamanya dari topeng Vader, tanda khas pada watak asal, pemilihan warna bersesuaian, serta reka bentuk futuristik.

Seperti sebelum ini, Koleksi Star Wars™M Racers Shell mengekalkan kesemua ciri istimewa, termasuk kawalan Bluetooth dan bateri pintar.

Dengan Shell Racing App yang boleh didapati di App Store dan Google Play, pelanggan boleh menikmati pengalaman perlumbaan unik bertemakan pengembaraan antara galaksi yang mendebarkan.

Kepada peminat dan pengumpul tegar, anda boleh mendapatkan koleksi terhad bermula 6 Oktober hingga 19 November.

Untuk makluman, satu model kereta kawalan jauh Bluetooth edisi terhad itu akan dikeluarkan setiap minggu, eksklusif di stesen minyak Shell di seluruh negara.

Star Wars™ Racers kecuali Darth Vader™M Race boleh dibeli pada harga RM49.90 dengan pembelian bahan api minimum RM50 dalam satu resit untuk Shell FuelSave 95, Shell V-Power 97 atau Shell V.Power Racing.

Darth Vader™M Racer boleh didapati secara percuma dengan setiap pembelian Shell Helix Ultra/ Power 4L di stesen minyak Shell.

Untuk melengkapkan koleksi ini, pelanggan juga boleh membeli peti koleksi pada harga RM89.90 dengan pembelian RM80 Shell V-Power Racing dalam satu resit.

Dapatkan kereta lumba ini di stesen minyak Shell sementara stok masih ada.

GALERI:

Google ads
Back to top button