Artikel Pilihan

SKUTER ELEKTRIK, ALVA One ELECTRIC DILANCARKAN DI GIIAS 2022.

Selain daripada Astra Daihatsu Motor yang tampil dengan model Ayla EV yang bergaya satu lagi produk kenderaan elektrik telah dilancarkan di Gaikindo Indonesia International Auto Show 2022 semalam. Skuter elektrik ini adalah produk pertama daripada sebuah syarikat baru dalam industri kenderaan elektrik iaitu  Ilectra Motor Group

Dengan tagline Change The Game Alva One tampil bergaya bagi mememnuhi keperluan mobilisasi kenderaan berkuasa elektrik 2 roda. Setakat ini Indonesia merupakan pengguna motosikal terbesar di dunia dengan 6 juta unit motosikal di jual setiap tahun.

Secara purata, 42 penduduk Indonesia memiliki motosikal bagi setiap 100 penduduk. Alva One dilengkapi dengan satu motor elektrik yang menjana sehingga 46.5Nm mampu ditunggang sejauh 70km bagi satu pengecasan penuh bateri.

Terdapat 3 mode yang disediakan samaada Eco, Normal ataupun Sport dengan halaju yang ditetapkan bagi setiap mode adalah berbeza-beza. Bagi mode tunggangan Eco, halaju maksima dihadkan kepada 43km/jam, menjadi 70km/jam dalam mode normal atau 90km/jam bagi mode Sport

Alva One dipasang dengan sistem suspensi telescopic fork pada roda depan, monoshock untuk roda belakang, bateri dengan arus setinggi 45 ampere serta memerlukan masa sehingga 4 jam bagi satu pengecasan penuh. Motor elektrik ini akan menghantar kuasa pada transmisi CVT bagi kualiti tunggangan yang lebih baik

Alva One akan dipasarkan pada harga permulaan sekitar RM 11,000 sahaja ditawarkan dalam warna putih, hitam, merah, biru dan juga turquois

Google ads
Back to top button