
SYARIKAT PEMULA INDIA, RIVER, LANCAR SKUTER ELEKTRIK INDIE – TIGA MOD TUNGGANGAN, BATERI 4KWJ, HARGA BERMULA RM6K
Syarikat pemula dari Bengaluru, River, telah melancarkan skuter elektrik pertama yang digelar sebagai Indie.
Skuter SUV itu tersedia dalam warna merah, biru serta kuning selain didatangkan dengan jaminan lima tahun dan 50,000km.

Indie dipadankan dengan lampu hadapan pancaran berkembar LED manakala di bahagian belakang menggunakan LED frosted-tube. Selain itu, terdapat juga lampu indicator LED, lampu amaran, boot light dan paparan bersaiz 6 inci.
Sistem suspensi pula terdiri daripada suspensi hidraulik, brek cakera di belakang dan hadapan. skuter Indie digayakan dengan menggunakan rim aloi 14 inci.

Ciri lain turut ditawarkan termasuklah rel grab, bar hendal, cangkuk beg, pasak kaki, port USB dan Bantuan Tempat Letak Kenderaan Terbalik. Selain itu, di bawah pelana skuter Indie mempunyai ruang simpanan 43L serta kotak barang 12L.
Didatangkan dalam tiga mod tunggangan – Eco, Ride, Rush, ia dikuasakan oleh bateri 4kWj yang menawarkan jarak 120km dengan hamburan kuasa 12Hp, tork 26Nm. River Indie mempunyai kelajuan tertinggi 90km/j dan boleh memecut dari sifar hingga 40km/j hanya mengambil masa 3.9 saat.

Untuk info, skuter itu turut dilengkapi dengan ciri pengecasan pantas dan boleh dicas sehingga 80 peratus dalam masa lima jam.
Harga? Skuter Indie boleh didapatkan pada harga AS$1,511 (RM6,767) dan kini telah dibuka untuk tempahan pra-pesanan.
- BACA: SKUTER ELEKTRIK BMW CE 04. 4 MOD TUNGGANGAN, 41HP, 130KM SEKALI CAJ, TOP SPEED 120KM/J, ANGGARAN RM60K
- BACA: SKUTER ELEKTRIK BLUESHARK R1 KINI DI MALAYSIA. TORK 201NM, JARAK GERAK 110KM, TOP SPEED 80KM/J
- BACA: HLYM PREBIU SKUTER ELEKTRIK E01. 80KM SEKALI CAJ, HARGA MACAM X-MAX
- BACA: SKUTER ELEKTRIK, ALVA One ELECTRIC DILANCARKAN DI GIIAS 2022.






