
SKUTER ELEKTRIK BLUESHARK R1 KINI DI MALAYSIA. TORK 201NM, JARAK GERAK 110KM, TOP SPEED 80KM/J
Blueshark dan EP Manufacturing Berhad (EPMB) hari ini memperkenalkan motosikal elektrik Blueshark R1 ke pasaran tempatan dalam acara International Greentech Eco Product Exhibition Malaysia (IGEM) di KLCC.
Satu perjanjian kerjasama (MoC) turut ditandatangani di antara Buleshark dengan Malaysian Green Technology & Climate Change Corporation (MGTC).
Selain motosikal R1, Blueshark juga komited untuk mengembangkan infrastruktur jentera elektrik dua roda melali ekosistem bagi menyokong pertumbuhannya di peringkat nasional.
Dari segi rekaan, Blueshark R1 tampil dengan reka bentuk minimalis dan futuristik. Bahagian hadapan diserlahkan dengan gugusan lampu LED nipis bersama kemasan hitam berkilat pada bawah lampu, kepala dan cermin sisi.

Skuter Blueshark R1 dikuasakan oleh motor elektrik 500kW yang menawarkan kuasa tork sehingga 201Nm. Apa yang menarik, jentera seberat 92kg itu menggunakan teknologi penukaran bateri yang membolehkannya bergerak sejauh 110km.
Bateri Lithium Ferrophosphate (LFP) menawarkan kitaran caj lebih 2,000 kali dan dilindungi oleh bekas aloi alinimum.
Kelajuan maksimum dihadkan kepada 80km/j dengan kapasiti beban sehingga 200kg Penunggang boleh memilih di antara enam mode tunggangan yang terdiri daripada tiga tunggangan biasa, Helping Boost Mode dan Turbo Racing Mode bergantung kepada keperluan.
Sebagai sebuah skuter yang canggih, Blueshark R1 menggunakan sistem operasi pintar ArkRide OS. Sistem itu menawarkan ketersambungan dengan telefon pintar. Maklumat tunggangan dipaparkan pada skrin HD IPS bersaiz 10 inci.

Dibina dengan sistem GPS, ia hadir dengan ketersambungan Bluetooth, 4G, peman muzik, perakam tunggangan dan macam-macam lagi.
Bagi meningkatkan keselamatan, Blueshark R1 hadir dengan sisrem bantuan pemanduan ADAS yang dibantu oleh dua unit sensor dan dua kamera.
Buat masa sekarang, Blueshark R1 belum dijual kepada orang awam.
Pusat 3S pertama Blueshark akan dibuka tidak lama lagi di Glenmari, Shah Alam. Maklumat lanjut, sila layari laman web www.blueshark.com.my.
GALERI






















