Buletin

DUCATI PANIGALE V2 BLACK ON BLACK LIVERY, BAWA IMEJ MISTERI DAN BERGAYA

Terbaru dari Borgo Panigale, Itali, Ducati memperkenalkan Panigale V2 2024 Black on Black Livery dan tambahan kepada warna rasmi Ducati Red.

Bukan setakat warna hitam, Ducati sebenarnya bermain dengan kelabu kusam gelap dan hitam kilat.

Imej hitam dikontra dengan warna merah pada logo Panigale V2 dan perincian merah pada tangki, reraut dan rim. Pelana model Black on Black Livery juga berbeza dengan grafik dan bahan baharu.

Selain skema warna baharu, V2 2024 didatangkan dengan tayar Pirelli Diablo Rosso IV Corsa saiz 120/70 ZR17 di depan dan 180/60 ZR17 di belakang sebagai ciri standard.

Panigale V2 kekal dengan enjin 955cc Superquadro silinder berkembar dan patuh piawaian Euro 5. Enjin itu menghasilkan 155 kuasa kuda (hp) pada 10,750 rpm dan tork 104 Nm pada 9,000 rpm.

Panigale V2 dan Panigale V2 Bayliss adalah satu-satunya model Panigale dengan enjin silinder berkembar.

Pakej elektronik terdiri daripada ABS Cornering EVO, Ducati Traction Control (DTC) EVO 2, Ducati Wheelie Control (DWC) EVO, Ducati Quick Shift up/down (DQS) EVO 2 dan Engine Brake Control (EBC) EVO.

Fork depan menggunakan set Showa BPF 43 mm boleh laras dan gantungan belakang dari Sachs.

Panigale V2 dijadikan motosikal rasmi untuk DRE Racetrack Academy dan program baharu DRE Track Warm Up Academy.

Program itu dibuat khusus untuk penunggang amatur yang mahu mempelajari asas kepada tunggangan di litar.

Berkenaan harga, Panigale V2 Black on Black Livery dijual sedikit mahal iaitu 17,095 pound (RM97,815) berbanding 16,795 pound (RM96,105) untuk Panigale V2 Ducati Red.

BACA: DUCATI CATAT REKOD 2022, JUALAN LEBIH 60 RIBU, MULTISTRADA PALING LAKU!

BACA: DUCATI PERKENAL STREETFIGHTER 2023, V4, V4 S DAN V4 SP2 SEKALIGUS!

BACA: DUCATI STREETFIGHTER V4 LAMBORGHINI, TAK ADA LAMBO PUN BOLEH BELI!

Google ads
Back to top button