Artikel Pilihan

SPESIFIKASI TAMBAHAN PADA KERETA POLIS. APA YANG BERBEZA DENGAN KERETA BIASA

Sebanyak 425 unit kereta Honda Civic 1.8 S telah diterima oleh pihak polis sebagai kereta peronda terbaru bagi menggantikan kereta peronda Proton Waja yang telah dimamah usia. Apa yang membezakan kereta peronda polis selain dari pelekat seragam polis yang dipasang pada bahagian luar kereta peronda?

Jadi artikel kali ini merungkai apakah peralatan dan modifikasi yang telah dibuat pada kereta peronda polis di seluruh dunia (bukan di Malaysia sahaja) bagi menggalas tugas memastikan ketenteraman awam, keselamatan dan membanteras penjenayah.

1. Pelekat Visual – biasanya kereta polis menggunakan warna putih sebagai warna asas (negara komanwel biasa buat) tapi dipasang dengan pelekat reflektif yang terang. Ia mampu memantulkan cahaya bagi tujuan keselamatan sekiranya kereta peronda polis bertugas di jalan yang sesak.

2. Lampu Amaran (beacon light) – yang dipasang pada bahagian bumbung kereta peronda. PDRM menggunakan warna biru sebagai warna rasmi bagi memastikan pengguna lain nampak kehadiran mereka sekiranya mereka bertindak dalam situasi kecemasan.

3. Sistem Amaran Audio – kebiasaannya kereta peronda akan dipasang dengan sistem PA (public announcement) atau siaraya bagi memberi arahan dari dalam kereta kepada orang ramai ataupun suspek penjenayah. Sistem ini juga lengkap dengan bunyi siren yang memberikan amaran tentang kehadiran kereta polis sekiranya mereka perlu melalui kesesakan jalan raya, mengejar suspek dan pelbagai bunyi siren yang dihasilkan berdasarkan situasi

4. Sistem komunikasi 2 hala – atau bahasa mudah walkie talkie bagi mewujudkan komunikasi antara ibupejabat dan juga unit kenderaan peronda. Untuk tujuan keselamatan frekuensi yang digunakan oleh polis adalah berbeza dari frekuensi yang digunakan oleh orang awam

5. Modifikasi teknikal – walaupun masih menggunakan enjin yang sama seperti yang digunakan oleh pengguna lain, kami percaya enjin yang digunakan oleh polis menggunakan talaan yang lebih baik berbanding dengan versi awam.

Kuasa enjin akan ditala mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak polis. Bagi menyerap haba dengan baik, sistem penyejukan yang lebih baik bagi memastikan kereta peronda dipandu laju untuk jangka masa yang lama. Malah sesetengah kereta polis dilengkapi dengan unit penyejuk sistem transmisi bagi memastikan ia beroperasi dengan baik

Brek yang digunakan kereta peronda juga dihasilkan dengan diameter lebih besar untuk kegunaan yang lebih ekstrim dan kuasa brek yang lebih bagus. Disebabkan kereta peronda dipasang dengan pelbagai peralatan elektronik tambahan, ia biasanya dipasang dengan alternator 2 kali ganda lebih besar berbanding kereta biasa.

Sistem suspensi juga telah ditala untuk kegunaan lasak serta untuk memudahkan kereta peronda mengejar kereta suspek

6. Sistem bantuan data dan maklumat – merangkumi pelbagai sistem bantuan pengesan elektronik yang disambungkan dengan sistem data menerusi internet. Ia membolehkan pihak polis mendapatkan maklumat kad pengenalan, maklumat kenderaan dan sesetengah negara Eropah ia turut dilengkapkan dengan sistem pengesan halaju automatik.

Malah negara maju juga memasang sistem CCTV turut dipasang bagi merakam di dalam dan luar kenderaan bagi membolehkan bukti audio visual dirakam bagi tujuan mempertahankan diri dan pembuktian di mahkamah

7. Lokap sementara – kereta peronda juga berfungsi sebagai pusat tahanan sementara suspek penjenayah yang berjaya ditahan. Bagi unit polis di negara barat, bahagian depan dan belakang akan dipisahkan dengan bar besi ataupun resin tekanan tinggi bagi memisahkan polis dan penjenayah. Ia bagi menjamin keselamatan polis ketika membawa tahanan ke balai untuk diproses.

9. Perlindungan peluru – sesetngah pasukan polis negara luar meletakkan spesifikasi unit patrol mereka dilengkapi dengan perlindungan peluru pada bahagian cermin depan, sisi ataupun pada pintu kereta sendiri. Sebagai contoh kereta peronda polis New York mampu menahan peluru dari Ak-47 pada jarak dekat

10. Bampar PIT – jika anda biasa menonton cerita polis Hollywood, anda akan perasan kereta peronda US dilengkapi dengan bar berwarna hitam yang dikenali dengan nama Pursuit Intervention Technique yang membolehkan polis merempuh pada bahagian belakang sisi kereta dengan tujuan menyebabkan kereta penjenayah hilang keseimbangan selepas dirempuh.

Google ads
Back to top button