
ISI MINYAK TAK MATIKAN ENJIN, PEMANDU AUDI MELECUR DISAMBAR API
Seorang lelaki dilaporkkan melecur akibat disambar api ketika mengisi petrol di sebuah stesen minyak berhampiran Jalan Besar Seri Kembangan, Selangor malam semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor memberitahu pasukannya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.11 malam.
Sebaik tiba di lokasi, anggota penyelamat mendapati sebuah kereta jenis Audi terbakar 10 peratus di bahagian pintu belakang. Sementara bahagian hadapan pam di stesen minyak itu turut terbakar 30 peratus.
“Sewaktu kejadian, bahagian muka, tangan dan kaki mangsa disambar api kerana dipercayai tidak mematikan enjin sewaktu mengisi minyak kereta,” kata Hafisham dalam satu kenyataan.
Mangsa yang berusia 31 tahun yang melecur di bahagian tangan dan kaki dihantar ke Hospital Serdang menggunakan ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut.
“Komander operasi turut mengarahkan anggota membuat pemeriksaan di lokasi bagi memastikan api dipadamkan sepenuhnya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku,” katanya. – Sinar Harian
- BACA: 3,500 KERETA SEWA BERHAMPIRAN LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA FLORIDA MUSNAH TERBAKAR
- BACA: FERRARI 512 BB – TERBAKAR MACAM NI PUN BOLEH JUAL PADA HARGA RM164K, TAK FAHAM BETUL
- BACA: BENGKEL PENUH DENGAN NISSAN SKYLINE & GT-R HANGUS TERBAKAR
- BACA: MOTOSIKAL PELAGAK NGERI MELETUP KETIKA PENGGAMBARAN MISSION IMPOSSIBLE