
KENALKAN KERETA POLIS PALING COOL TERBARU – MASERATI MCPURA
Maserati baharu saja perkenalkan MCPura musim panas ini dan kini ia sudah bersedia untuk berkhidmat sebagai Carabineri. Ini merupakan kali pertama Maserati menyertai pasukan polis Itali yang sebelum ini turut mempunyai beberapa buah Lamborghini yang digunakan untuk penghantaran organ manusia ketika kecemasan.

MCPura merupakan versi naik taraf MC20 tapi dengan nama baharu. Ia menampilkan chasis monocoque serat karbon dengan enjin 3.0 liter Nettuno V6 yang mampu menjana 621 hp kuasa maksima dan 730 Nm tork.
Kuasa enjin tersebut kemudian disalurkan ke permukaan jalan menerusi sistem transmisi lapan kelajuan klac berganda ke roda belakang. Hasilnya ialah sebuah supercar yang mampu membuat pecutan 0-100 kmj hanya dalam masa 2.9 saat. Kelajuan tertinggi? 320 kmj bos.

Untuk memudahkan tugasnya sebagai anggota polis, MCPura ini dilengkapkan dengan liveri Carabinieri yang terkenal selain lampu-lampu amaran pada bahagian bumbung dan bumper.
Bahagian dalaman memang standard MCPura dan dinaik taraf daripada MC20. Terdapat juga peralatan khas yang kemungkinan digunakan untuk membawa organ dengan selamat.
Selain Maserati, polis Itali turut menerima Alfa Romeo Giulia Quadrifoglio. Kereta yang cantik ini menggunakan enjin 2.9 liter V6 513 hp yang lengkap dengan sistem suspensi talaan sport, sistem pengunci differential belakang mekanikal dan kemasan dari serat karbon.

Kenapa cantik-cantik sangat kereta polis Itali ni? Macam mana nak mohon kerja jadi Carbinieri ni? Ni dah kira macam nak lawan polis Dubai.


