" "
Artikel Pilihan

PASUKAN POLIS INI TERIMA 50 UNIT GOLF GTI – MANTAP BETUL

Semua sedia maklum Dubai mempunyai koleksi kereta polis eksotik terhebat di dunia. Polis Itali pula menggunakan kereta peronda Lamborghini khusus untuk mengangkut organ manusia. Pasukan polis Afrika Selatan pula mungkin tidak popular seperti polis LA atau New York tapi mereka boleh berbangga dengan jumlah kereta berprestasi tinggi yang dimiliki mereka. Terbaru ialah 50 unit VW Golf GTI.

Ya anda tak salah baca. Durban Metro Police Service kini memiliki 50 unit kereta peronda hot hatch baharu. Bayangkan betapa lincah kereta-kereta ini akan beraksi dalam operasi mencegah jenayah.

Bakal beroperasi di bandar ketiga paling padat di Afrika Selatan, pasukan polis Durban bakal mengadakan kursus pemanduan khas untuk pegawai-pegawai polis terpilih. Ini berikutan komen-komen di media sosial yang mengkritik pemandu-pemandu kereta polis yang dikatakan kurang mahir memandu.

Kursus peningkatan skil pemanduan dalam mengendalikan kereta berprestasi tinggi bukan hanya penting untuk menjaga keselamatan pegawao dan orang awam tapi juga supaya lebih dihormati di jalan raya. Ia juga akal membolehkan kereta-kereta ini digunakan sebaiknya tanpa menimbulkan isu-isu baharu yang tidak sepatutnya berlaku.

Pegawai terpilih bakal dilatih untuk menangani situasi komplek yang bakal tercetus, memastkan keselamatan awam terpelihara selain menjaga kenderaan di bawah jagaan dengan cermat.

Awal tahun ini VW telah menyerahkan 22 unit VW Golf GTI kepada Directorate for Priority Crimes Investigations Unit (HAWKS). HAWKS ialah unit penguatkuasaan elit yang bertanggungjawab menyiasat jenayah terancang, jenayah ekonomi, korupsi dan salah laku serius lain.

Kalau dikirakan ia merupakan satu pembelian yang bijak kereta ia sebuah kereta yang praktikal dan mempunyai harga yang agak berpatutan (di Afrika Selatan). Ia juga cukup berkuasa dan mempunyai saiz yang sesuai untuk mengangkut suspek ke balai polis.

Google ads
Back to top button