Artikel PilihanBuletin

TENDANG KERETA POLIS SENDIRI DAPAT PENYAKIT – LAIN KALI ADA OTAK TU GUNA

Pepatah lama ada menyebut buat baik dapat balasan baik, buat jahat hasilnya pun jahat la jugak. Sesuai sangat la dengan penunggang skuter dalam pautan video yang cuba merosakkan kereta peronda polis yang dipakir di tepi jalan di North Wales, UK.

Rakaman bermula dengan dua lelaki yang menunggang sebuah skuter dan sebuah ATV di atas jalan raya (ini dah satu kesalahan). Sebaik melepasi sebuah kereta peronda polis yang berada di tepi jalan, mereka berpatah balik sebelum si penunggang skuter menendang cermin pandang belakang sisi kereta tersebut sehingga terkulai (dah rasa hebat sangat la tu). Penunggang ATV mengekor di belakang dan tiada pegawai polis berasa berada berdekatan.

Timing memang betul dah. Terajang, belah lepas tu lepak-lepak minum kopi Vietnam samnil gelak-gelak. Tapi lain yang dirancang lain pula yang terjadi. Sekali si penunggang skuter jatuh ‘tertomoih’ atas permukaan jalan yang licin. Mungkin baru lepas hujan kot.

Dah la tak pakai topi keledar, nasib baik tak pecah muka. Mungkin tapak tangan dan ego je lah tercabar teruk. Malu weh kalau geng-geng tahu. Jatuh tertonggeng kau. Sampai pelana skuter pun tercabut.

Bila dah malu dan sakit pun dapat, apa lagi, larilah kedua-dua samdol tu dengan muka merah padam. Nasib baik la pelana skuter tu sempat kutip balik. Eh, macam mana dia tunggang skuter tanpa pelana tu?

Kedua lelaki tersebut belum dapat dikesan menurut jabatan polis North Wales dan mereka meminta bantuan dari orang awam untuk mengenal pasti suspek terbabit khususnya penunggang skuter yang mempunyai skil vandalisme yang hebat. Maunya tak, beliau berjaya merosakkan kereta sendiri dengan lebih serius berbanding kereta peronda polis.

Google ads
Back to top button