Artikel Pilihan

SPOILER GENTIAN KARBON MAMPU KURANGKAN BERAT CIVIC TYPE R BAHARU – DAPAT SPOILER PUN ACI LA KAN

Honda Civic Type R terbaru membuka tirai model-model yang bakal diperkenalkan pada tahun hadapan. Ia kini kelihatan lebih matang dan tidak seagresif model sebelumnya. Ia mengingatkan kami kepada Honda Integra Type R DC2 yang kelihatan elegan dan tidak terlampau agresif. Tapi jangan bimbang Honda tidak akan sesekali mengabaikan kaki-kaki modifikasi dan tuner yang selama ini menyokong mereka.

Honda Access, divisyen aksesori dalaman Honda sendiri baharu sahaja mendedahkan beberapa aksesori selepas jualan khusus untuk Honda Civic Type R FL5 ini. Ia sedikit sebanyak akan menambah ciri agresif pada model yang kelihatan agak matang ini.

Didedahkan khusus untuk Type R versi JDM, senarai aksesori bermula dengan spoiler belakang yang dihasilkan daripada gentian karbon sepenuhnya dan bakal menurunkan berat keseluruhan hampir 1 kilogram berbanding sewaktu dikeluarkan dari kilang pemasangan. Walaupun cuma sekilo tapi untuk performance semua tu diambil kira tau.

Kalau itu masih tidak mencukupi untuk menyerlahkan lagi penampilan (ye lah banyak Civic Type R jadian kat luar sana tau, ada yang tayar masuk ke dalam arca roda, ada yang lubang ekzos tertutup terus dan macam-macam lagi la), Honda Access turut menawarkan pelindung cermin sisi yang juga berwarna merah sedondon dengan lencana merah Type R. ada lagi beberapa tambahan aksesori luaran termasuklah pilihan horn seperti model untuk pasaran Eropah.

Aksesori baharu ini juga merangkumi aspek dalaman dan yang paling ketara sekali tentulah kemasan tombol gear yang dibalut dengan kulit asli berwarna merah Type R. Tak puas hati lagi? Ada je karpet warna merah yang sangat sepadan dengan bukcket merah rasmi Type R.

Terdapat juga kemasan lain khusus untuk bahagian dalaman malah ada yang dihasilkan dengan kemasan gentian karbon yang turut dihiasi dengan serat yang berwarna merah.

Walaupun kesemua aksesori ini disasarkan untuk model Civic Type R JDM, tidak mustahil ia akan segera memasuki pasaran Malaysia. Versi copy ori lagi la berlambak lepas ni. Tapi spoiler ni memang rasanya akan menjadi laku macam goreng pisang panas lepas ni. Tunggulah je lah sambil kumpul duit hasil jualan buah pinggang.

Google ads
Back to top button