
HONDA ACCESS PERKENAL INDIKATOR PENGECASAN, SENANG PERIKSA DARI LUAR!
Pernah tak anda mengalami situasi begini? Masak nasi tetapi lupa hidupkan suis? Atau cas telefon tetapi kabel tidak dicucuk dengan rapat?
Dengan populariti kenderaan elektrik (EV) yang semakin meningkat terdapat kebarangkalian kealpaan sebegitu terjadi.
Ini pula satu perkakasan menarik dari Honda Access iaitu Indikator Pengecasan untuk EV Honda.
Aksesori ini dibangunkan untuk mengatasi kebimbangan pemilik EV mengenai pengecasan yang mengambil masa lebih lama berbanding kenderaan konvensional.
Di antaranya tidak dapat mengecas dengan betul walaupun disangkakan sudah dicas atau einginan untuk mengetahui tahap baki cas dengan mudah agar tidak terlepas peluang pengecasan.
Melalui indikator ini, pengguna boleh memeriksa tahap cas pengecasan secara visual
Indikator ini dipasang pada papan pemuka kenderaan dan menggunakan LED hijau untuk mengelakkan pantulan pada cermin depan semasa hujan atau cuaca dan memudahkan pemandu dari luar kenderaan.
Selain memberi makluman peranti pengecasan disambung dengan betul dan pengecasan telah bermula melalui lampu yang menyala atau berkelip, indikator ini juga boleh memaparkan tahap baki bateri secara visual.
Contohnya, apabila pemandu mengunci pintu menggunakan kunci pintar, bilangan LED yang menyala atau berkelip akan menunjukkan jumlah baki bateri.
Indikator ini akan dipasang pada EV komersial ringan Honda N-VAN e: yang kini dijual Jepun. Indikator Pengecasan Honda Access berharga 31,900 yen (RM981).
Contoh Pencahayaan Indikator Pengecasan (Pemasangan pada N-VAN e:)
- LED hijau digunakan untuk mengelakkan silau semasa hujan atau cahaya matahari.
- Apabila pengecas disambung dengan betul, LED akan menyala.
- Lampu LED menunjukkan tahap baki bateri walaupun pintu dikunci.
Dipasang pada papan pemuka. Semasa mengecas, membekalkan kuasa, atau mengunci pintu, paparan LED berperingkat membolehkan anda memeriksa baki bateri dari luar kenderaan.
Paparan LED yang menyala memudahkan pengesahan sama ada pengecas atau bekalan kuasa disambung dengan betul, serta membantu mengelakkan sambungan yang salah.
Fungsi Utama:
1. Semasa Menyambung Pengecas atau Bekalan Kuasa:
- Apabila disambung dengan betul, LED menyala menunjukkan tahap bateri semasa.*
- *Tidak menyala jika port pengecasan pantas digunakan.
- Lampu akan padam selepas beberapa ketika.
2. Semasa Mengecas atau Membekalkan Kuasa:
- LED menyala dan berkelip untuk menunjukkan baki bateri.
- Peringatan Bekalan Kuasa:
- Dengan aplikasi Honda Remote Control, pengguna boleh menetapkan had bawah baki bateri.
- Apabila baki bateri hampir mencapai had yang ditetapkan semasa membekalkan kuasa, bekalan kuasa akan berhenti secara automatik.
- LED akan berkelip pantas (nilai ditetapkan + 5%) sebagai amaran.
3. Semasa Mengoperasikan Kunci Pintu:
- Apabila pemandu menekan kunci pintar Honda atau butang kunci pintu, pengguna boleh menyemak tahap bateri semasa dengan memerhatikan lampu LED yang berkelip.*
- *Lampu LED akan berkelip 5 kali sebelum padam.
















