
PEMBELI KERETA BAHARU KIA, HYUNDAI DAN GENESIS DI KOREA SELATAN BENGANG. KENA TUNGGU SEHINGGA 30 BULAN
Pembeli kereta di Korea Selatan dilaporkan semakin kecewa kerana kelewatan penghantaran daripada Hyundai, Kia dan Genesis.
Pengeluar kereta terbabit menyatakan bahawa kelewatan adalah disebabkan kekurangan semikonduktor dan peningkatan mendadak permintaan terhadap kenderaan baharu.
Ramai pengguna percaya Hyundai Motor Group mengutamakan pasaran luar negara berikutan kejatuhan nilai mata wang Korea berbanding dolar Amerika Syarikat.

Perkiraan itu dibuat berdasarkan pengeksport boleh menjual produk pada harga yang lebih murah di pasaran global. Seorang pegawa bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa pembeli luar negara diutamakan.
“Bukan sahaja pengguna Korea, pelanggan di luar negara juga mengalami kelewatan. Dakwaan bahawa kami mengutamakan pengguna luar negara adalah salah. Sama ada ia kenderaan elektrik (EV) atau hibrid, model terbaharu memerlukan cip dan alat ganti terbaharu.
“Untuk memperolehinya, ia mengambil sedikit masa. Kami akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi permintaan pengguna,” katanya.
Korea Times mendedahkan bahawa sesetengah pelanggan perlu menunggu sehingga 30 bulan sebelum menerima penghantaran model Hyundai, Kia atau Genesis baharu, berbanding 11 bulan setahun sebelumnya.
Difahamkan model Kia K3 dan K5 telah ditangguhkan selama tiga hingga lima bulan dan sehingga 8 setengah bulan untuk model K5, K8 dan Sorento Hybrid.
Sementara pembeli Hyundai Avante, Sonata, Grandeur dan Santa Fe perlu menunggu antara enam hingga 20 bulan.
- BACA: HYUNDAI LANCAR CASPER VERSI VAN DI PASARAN KOREA SELATAN. HARGA BERMULA RM48,122
- BACA: KIA LANCAR K3/CERATO/FORTE DI KOREA SELATAN. WARNA BIRU BAHARU, LEBIH SPORTY
- BACA: RECALL BEBERAPA KALI, HYUNDAI MUNGKIN HENTIKAN JUALAN KONA EV DI KOREA SELATAN
- BACA: KILANG BATERI EV KOREA SELATAN LABUR RM2.3 BILION DI SABAH