Buletin

KG MOBILITY DEDAH MODEL KONSEP F100, DAH MACAM FJ CRUISER DARI MASA DEPAN!

KG Mobility yang sebelum ini lebih dikenali sebagai SsangYong memeriahkan acara Seoul Mobility Show dengan mempamerkan beberapa buah model konsep.

Yang mencuri tumpuan sudah pasti sebuah SUV yang dilihat menyerupai Toyota FJ Cruiser dengan elemen masa depan.

Model F100 ini membawakan reka bentuk badan yang agak berpetak, di mana keseluruhan struktur ‘jeriji’ hadapan terdiri daripada unit lampu LED.

Ia boleh disesuaikan mengikut mood dan juga personaliti pemandu.

Sebuah model trak pikap O100 disifatkan sebagai sebuah pikap saiz pertengahan untuk pemandu urban yang banyak diinspirasikan daripada model Torres EVX.

Trak pikap elektrik ini mempunyai sokongan V2L yang membolehkan pemilik menggunakan ciri itu untuk peralatan kuasa di tempat kerja, atau dimanfaatkan untuk aktiviti berkelah di tepi pantai.

Dua buah SUV lain yang dipamerkan termasuklah KR10 yang direka sebagai pengganti kepada untuk SsangYong Korando, diikuti dengan Torres EVX yang memiliki dimensi yang lebih besar berbanding KR10 itu tadi.

Google ads
Back to top button