
PEKERJA HYUNDAI OILBANK TERIMA BONUS 1,000%. MASYUK…
Kakitangan sebuah syarikat penapisan minyak Korea Selatan, Hyundai Oilbank dilapor menerima bonus sebanyak 1,000 peratus daripada gaji pokok mereka, berikutan prestasi kukuh dalam keuntungan untuk tahun 2022.
Korea Economic Daily menyatakan bonus berkenaan diserahkan pada 30 Disember 2022 meskipun Hyundai Oilbank tidak mendedahkan angka terperincinya.
Pada 2021, Hyundai Oilbank memberi kakitangannya purata AS$127,360 (RM569,184), termasuk bonus sebanyak 600 peratus daripada gaji pokok mereka.

Syarikat itu mencatatkan keuntungan sebanyak AS$2.9 bilion (RM14 bilion) untuk suku ketiga 2022, meningkat 226 peratus berbanding tempoh sama pada 2021.
Sebelum ini pada 2022, SK Energy dan GS Caltex memberikan bonus sebanyak 1,000 peratus daripada gaji pokok kepada pekerja mereka, manakala S-Oil memberi bonus sebanyak 1,400 peratus.
Namun, syarikat-syarikat tersebut masih belum memutuskan saiz bonus mereka bagi tahun 2022.
Antara faktor prestasi kukuh Hyundai Oilbank adalah peningkatan permintaan untuk pemanasan pada musim sejuk, selain pencerobohan Ukraine yang menyebabkan harga minyak melambung tinggi.
Faktor lain adalah keputusan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan rakan kongsinya, yang mengekalkan dasar pemotongan pengeluaran minyak kepada 2 juta tong sehari.
Disebabkan faktor-faktor itu, kebanyakan syarikat penapisan minyak mendapat durian runtuh.
- BACA: TERLEBIH BAYAR BONUS, HONDA AMERIKA TUNTUT PEKERJA PULANGKAN SEMULA WANG
- BACA: KOS SARA HIDUP NAIK MENDADAK. BREMBO BAGI BONUS SARA HIDUP RM4,580 KEPADA SEMUA PEKERJA DI ITALI
- BACA: HELMET 100 TAHUN SUZUKI AKAN MULA DIJUAL JANUARI INI – ADA BONUS TAK TAHUN NI BOSS?
- BACA: HAMILTON SANGGUP POTONG GAJI. TAPI NAK BONUS BERGANDA

